top of page

Selangor terus komited bantu golongan nelayan - MB



Kerajaan Negeri Selangor terus berusaha membela setiap lapisan rakyat di negeri itu.


Hal ini terbukti apabila Kerajaan Negeri memperuntukkan bantuan bersasar berupa insentif peralatan dan kelengkapan menangkap ikan berjumlah RM400,000 kepada nelayan Selangor.


Menteri Besar (MB) Datuk Seri Amirudin Shari melalui satu hantaran di laman Facebooknya berkata, inisiatif tersebut telah memanfaatkan 200 nelayan merangkumi bantuan pukat hanyut, tong minyak, kotak ikan dan minyak pelincir bagi mengurangkan beban mereka.


"Nelayan pun ada keperluan yang perlu diberi perhatian. Misalnya jaring atau pukat mungkin perlu ditukar tiga hingga enam bulan sekali dengan kos sekurang-kurangnya RM100.


"Tong ikan pula mencecah RM200 dan ada nelayan perlu belanja sekitar RM1,000 sebulan untuk kos bahan api turun ke laut.


"Memahami keperluan nelayan yang memberi kesan terhadap pendapatan mereka, Kerajaan Negeri menyumbang RM400,000 untuk membantu 200 orang nelayan.


"Moga sumbangan ini memberi kelegaan buat mereka, inshaAllah," katanya dipetik.


Amirudin melalui hantaran sama turut menyatakan komitmen Kerajaan Negeri untuk memberi perhatian terhadap keperluan nelayan dan berusaha membela kebajikan mereka.


Sebelum ini Exco Pertanian, Ir Izham Hashim berkata 200 nelayan menikmati bantuan menerusi program Pembangunan Agropreneur Selangor: Bantuan Nelayan.


Penerima melibatkan lima Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Sepang, Kuala Langat, Pelabuhan Klang, Sungai Besar dan Kuala Selangor.

0 comments

Комментарии


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page