top of page

Selangor terima pulangan lumayan sektor elektronik, AI - MB



Selangor akan menerima pulangan lumayan daripada pelaburan sektor elektronik dan kecerdasan buatan (AI).


Menurut Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, negeri itu akan membangunkan pusat reka bentuk litar bersepadu yang akan memberi banyak pekerjaan kepada rakyat Malaysia.


"Selangor bakal menerima pulangan dan pelaburan tinggi hasil penumpuan terhadap semikonduktor termasuk pembangunan pusat reka bentuk litar bersepadu di negeri ini.


"Bidang ini juga menjamin masa depan berikutan penggunaan meluas merangkumi kecerdasan buatan (AI) dalam teknologi.


"Antara langkah diambil adalah membangunkan taman reka bentuk litar bersepadu (IC) dan pemacu semikonduktor Malaysia, Hab Selangor di Puchong. Memorandum persefahaman telah dimeterai dengan empat syarikat pakar dalam memastikan hasrat ini menjadi realiti," katanya.


Tambah Amirudin, Selangor akan menjadi pembuka langkah untuk menyediakan industri yang menjamin pendapatan tinggi bagi rakyat dan mengeluarkan mereka dari 'perangkap' pendapatan sederhana yang membelenggu sejak lebih sedekad lalu.


"Selangor tidak hanya mahukan pelaburan tetapi juga sediakan ekosistem menyeluruh untuk lahirkan tenaga kerja berkemahiran yang diperlu pasaran.


"Kerjasama serta pelaburan Siemens, FESTO, Google dan pelbagai lagi akan pasti merancakkan pembangunan bakat bertaraf global," kata MB lagi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page