top of page

Selangor terapkan pengajian STEM berasaskan al-Quran tahun ini



Selangor akan mula menerapkan bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) berasaskan al-Quran di sekolah Agama Menengah (SAM) dan Sekolah Agama Menengah Tinggi (SAMT) tahun ini.


Menteri Besar Amirudin Shari berkata, langkah itu bertujuan memberi nilai tambah pemahaman pelajar terhadap ilmu STEM berpandukan ajaran al-Quran.


Tambahnya, inisiatif tersebut akan dimulakan dengan penilaian modul bersesuaian dan latihan kepada guru bagi memastikan agenda pemerkasaan ilmu itu mencapai objektifnya.


"Kita sasar untuk mula tahun ini dan kita ada 23 sekolah menengah agama bawah JAIS (Jabatan Agama Islam Selangor ). Kita akan cuba lakukan pendekatan ini dengan memberi latihan (kepada guru), kita lihat impak dan kesannya dulu.


"… kalau kesannya baik, kita akan tambah baik pengajian dengan cadangkan kepada guru agama supaya masukkan elemen STEM dan perkasakan pengajaran bidang itu kepada pelajar," katanya dipetik.


Beliau ditemui selepas menyempurnakan Majlis Penutup Festival Seni Al-Quran Antarabangsa Restu 2025 dan Pelancaran Program STEM Berasaskan Al-Quran di Kompleks Seni Islam Antarabangsa Selangor di Shah Alam pada Sabtu.


Pada majlis itu, Amirudin turut menyaksikan pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) antara Yayasan Restu dan Al-Kauthar Eduqids untuk Projek Wakaf 1 Juta Al-Quran bersama pelbagai pihak dari dalam dan luar negara.


MoU itu bertujuan menyebarluas kitab suci itu ke seluruh dunia terutama di kawasan yang memerlukan seperti komuniti muslim minoriti, pusat tahfiz dan institusi pendidikan Islam.


Sementara itu Amirudin memaklumkan, pihaknya akan mengadakan perbincangan lanjut dengan Kementerian Pendidikan (KPM) bagi memasukkan sukatan pelajaran STEM berasaskan al-Quran dalam pengajaran di sekolah terbabit sekali gus menambah baik program sedia ada bawah kelolaan kerajaan negeri.


"Di Selangor kita ada lima Maahad Integrasi Tahfiz Sains dan Teknologi Selangor (MITS), dan inisiatif ini selaras dengan hasrat yang telah diumumkan sebelum ini di mana kita ingin melahirkan penghafal al-Quran yang mahir dan fasih dalam bidang STEM," tambahnya.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page