top of page

Selangor serah 3 khemah khas kegunaan operasi bencana



Kerajaan Negeri Selangor terus memperkukuh langkah siap siaga musim tengkujuh dan bencana lain.


Susulan itu pihaknya menyerahkan tiga khemah khas bernilai RM300,000 kepada ibu pejabat polis kontinjen (IPK) Selangor bagi meningkatkan kecekapan operasi menyelamat ketika bencana.


Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata, khemah pos kawalan tempat kejadian (PKTK) itu memiliki ruang sesuai untuk berbincang, berehat dan rawatan sekali gus meningkatkan kecekapan operasi menyelamat.


"Khemah PKTK akan berfungsi sebagai pusat koordinasi yang efisien dalam operasi mencari dan menyelamat serta membantu menyelaras logistik dan komunikasi di kawasan bencana.


"Ia sesuai diguna dalam menghadapi bencana tahap satu, dua dan tiga selaras arahan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).


"Langkah negeri ini dapat memastikan agensi keselamatan memiliki peralatan dan keperluan asas," katanya dipetik.


Terdahulu beliau menyerahkan khemah itu kepada Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan dalam majlis berlangsung di perkarangan bangunan pentadbiran Kerajaan Negeri (SUK) semalam.


Sementara itu menurut Amirudin, khemah itu diletakkan bawah tanggungjawab IPK namun ia untuk kegunaan semua agensi keselamatan termasuk Angkatan Pertahanan Awam, bomba, tentera dan pihak lain


Difahamkan, khemah tersebut dilengkapi kemudahan internet bagi memudahkan operasi. Selain itu ia mudah dipasang dalam hanya tempoh 30 minit bagi mempercepat operasi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page