top of page

Selangor semarakan program keagamaan seiring pembangunan - MB



Kerajaan Negeri Selangor akan mempergiat usaha memastikan program keagamaan dan pembangunan fizikal di negeri ini seiring matlamat menjadikan Selangor sebagai negeri maju.


Menteri Besar (MB) Datuk Seri Amirudin Shari berkata, bagi tujuan itu pihaknya berhasrat untuk menyemarakkan lagi program keagamaan di negeri itu pada masa akan datang.


"Menjadi cita-cita dan hasrat Kerajaan Negeri bukan hanya ingin membangunkan fizikal dan akal masyarakat tetapi cita-cita kita juga ingin bangunkan jiwa dan kerohanian umat dan masyarakat di Selangor.


"Kita juga nak bangunkan manusia yang hatinya tulus, mulus dan murni. Sebab itu pengajian kitab turath dianjurkan setiap tahun di bumi Selangor Darul Ehsan.


"Ia bertujuan untuk membangun manusia yang mempunyai jiwa, mempunyai makna diri dan mempunyai hati nurani bersifat kemanusiaan serta nilai ehsan tinggi sebagaimana dihasratkan dalam sebuah negara Madani," katanya dipetik.


Amirudin berkata begitu dalam ucapan di program Darul Ehsan Berselawat dan Maulid Akhbar bersempena penutup Festival Turath Islami Selangor 2024 itu di Dataran Tapak Karnival Stadium Shah Alam, malam tadi.


Turut hadir Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim; bekas Mufti Besar Mesir Syeikh Profesor Dr Ali Jum’ah dan pendakwah terkenal Habib Ali Zainal Abidin Al Hamid.


Majlis dimulakan dengan sesi berselawat oleh Habib Ali Zainal Abidin Assegaf dan Kumpulan Az-Zahir disusuli Tausiyah oleh Habib Ali Zainal Abidin Al Hamid dan Habib Jindan Novel Salim Jindan.


Festival Turath Islami Selangor yang membuka tirai pada 26 Mei mengupas karya agung Imam Nawawi dengan lebih mendalam melibatkan ulama tradisional dan ahli akademik.

0 comments

Recent Posts

See All

댓글


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page