top of page

Selangor sedia bantu anak pengikut GISBH bersekolah secara formal



Kerajaan negeri Selangor bakal memberi bantuan sewajarnya supaya anak bekas kakitangan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) dapat meneruskan pembelajaran secara formal di sekolah kerajaan.


Perkara itu dinyatakan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Agama Islam negeri, Dr Mohammad Fahmi Ngah sebagai mengulas perkembangan terkini berkaitan kanak-kanak tersebut yang sebelum ini ditempatkan dibawah jawatankuasa khas pemulihan.


"Ada permohonan daripada pihak Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) supaya 200 anak yang sudah selesai menjalani pemulihan ini masuk ke sekolah kebangsaan.


"Kerajaan negeri bersetuju memberikan bantuan persekolahan kepada mereka seperti anak yang lain, insya-Allah kita akan bekalkan secara peribadi kepada setiap anak.


"Setakat ini, belum ada peruntukan khusus (bantuan sekolah) tetapi kita juga menerima tawaran daripada penyumbang luar yang hendak bantu, kita tetapkan mungkin dalam RM200 untuk setiap anak yang bakal bersekolah nanti," katanya dipetik selepas menghadiri Pelancaran Penjenamaan Kita Selangor oleh Menteri Besar di Shah Alam pada Isnin.


Sementara itu Fahmi turut mencadangkan Lembaga Zakat Selangor (LZS) memanfaatkan dana asnaf riqab untuk membantu kanak-kanak yang diselamatkan dari pusat perlindungan milik GISBH.


"Kita akan beri elaun ini secara bulanan selain untuk pastikan mereka hadir ke program pemulihan. Kalau bagi secara one-off (terus), kita khuatir mereka tidak akan hadir ke program ini jika dipanggil," katanya.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page