top of page

Selangor raih pelaburan RM66.8 bilion, lepasi sasaran ditetapkan



Selangor mencatatkan kutipan pelaburan melepasi jumlah sasaran ditetapkan tahun ini, maklum Menteri Besar.


Datuk Seri Amirudin Shari berkata, laporan dikeluarkan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) menunjukkan Selangor sebagai negeri paling banyak menarik pelaburan dengan nilai RM66.8 bilion setakat September.


"Malaysia catat jumlah kutipan terbesar dalam sejarah dengan RM254 bilion seluruh negara dalam tempoh sembilan bulan pertama.


"Selangor negeri paling banyak menarik pelaburan dengan RM66.8 bilion. Sehingga hujung September, kita sudah lepasi sasaran RM55 bilion," katanya dipetik ketika merasmikan sambutan Hari Krismas dan rumah terbuka tahunan peringkat negeri di Subang Jaya.


Pada Rabu, Amirudin memaklumkan Selangor mencatat kutipan hasil sebanyak RM2.593 bilion setakat ini, melepasi 18 peratus dari RM2.2 bilion nilai sasaran tahun ini.


Beliau berkata kejayaan membuktikan kesungguhan barisan penjawat awam dan anggota pentadbiran selain mencerminkan keyakinan pelabur tempatan dan antarabangsa terhadap pentadbiran ini.


Sementara itu tambahnya, pentadbiran negeri kini sedang memfokuskan kepada Rancangan Selangor Kedua (RS-2) yang dijangka dibentang tahun depan selain beberapa projek lain termasuk Lembah Klang Raya.


"Projek ini bukan hanya libatkan infrastruktur seperti jalan, lampu, saliran tetapi kita juga akan bangunkan semula kawasan lama untuk tambah pelaburan baharu. kita perlukan kestabilan dan kerjasama semua pihak," katanya.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page