top of page

Selangor, Pulau Pinang negeri terbaharu terima pakai Akta Pengurusan Sisa Pepejal



Kabinet telah secara dasar menerima Selangor dan Pulau Pinang sebagai negeri terkini yang mengguna pakai Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672).


Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Nga Kor Ming berkata selaras perkembangan itu, perkara berkenaan kini dalam proses rundingan terperinci.


"Jemaah Menteri mengalu-alukan supaya negeri-negeri lain juga mengambil langkah yang sama supaya kita dapat meningkatkan tahap kualiti perkhidmatan pembersihan awam di negara kita.


"Kebersihan juga adalah kewajipan kita semua. Oleh kerana itu, saya nak jadikan Malaysia paling bersih, indah dan selamat," katanya dipetik.


Kor Ming ditemui selepas Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina 2025 anjuran Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di Putrajaya pada Khamis.


Turut hadir Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa.


Akta 672 bermatlamat memastikan keseragaman undang-undang dalam pengawalan dan pengawalseliaan perkara berhubung pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam.


Selain Selangor dan Pulau Pinang, negeri lain yang menggunakan akta tersebut ialah Kedah, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Perlis dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page