
Kerajaan Selangor melaksana persiapan awal bagi program ibadah korban bersempena sambutan Hari Raya Aidiladha tahun ini.
Exco Pertanian, Datuk Ir Izham Hashim berkata pentadbiran negeri bakal memperuntukkan RM6 juta untuk mengagihkan 700 lembu serta 1,000 kambing kepada institusi agama Islam di seluruh negeri itu.
"Sebanyak 300 lembu akan diserahkan kepada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) untuk diagih kepada masjid manakala baki termasuk kambing untuk surau dan komuniti setempat
"Semua haiwan korban akan diedar ahli dewan negeri, penyelaras Dewan Undangan Negeri serta wakil Jais," katanya dipetik.
Sementara itu Izham memaklumkan, Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari akan merasmikan program ibadah korban berkenaan pada 18 Mei depan.
Kerajaan Negeri sudah memilih 25 syarikat bagi membekalkan lembu manakala 25 syarikat lagi akan membekal kambing bagi menjayakan program berkenaan.
"Proses memilih pembekal sudah dibuat secara undian kerja pada 20 Mac," tambahnya.
Commentaires