top of page

Selangor peruntukkan RM2 juta bantu pengendali e-hailing


Kerajaan Negeri Selangor menyediakan perutukan sebanyak RM2 juta setahun untuk memberi bantuan kepada pengendali e-hailing atau sektor gig ekonomi ketika pandemik Covid 19 tahun ini.


Menurut Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, program sokongan yang dinamakan RIDE itu telah berjaya membantu anak muda yang menceburi sektor e-hailing sejak 2019.


"Program ini diperkenalkan pada 2019 yang mana ketika itu RIDE digunakan untuk membantu mendapatkan lesen memandu kepada penunggang motorsikal, dengan harapan mereka dapat bergerak masuk gig ekonomi


"Mulai tahun lepas dan tahun ini kita gunakan peruntukan untuk membantu pengendali e-hailing ini sebanyak RM500 seorang. Sebanyak 3,227 orang kita laksanakan.


"Untuk tahun ini, angka RM2 juta itu untuk tahun 2021. Kita menilai untuk pemilihan lebih 8,000 pemohon yang telah memohon dan kita pilih ikut kesesuaian, antaranya di bawah umur 40 tahun.


"Ini untuk membantu pemandu e-hailing yang kita dapati kebanyakannya ramai di kalangan generasi muda," katanya dalam majlis penyerahan bantuan di DUN Sungai Tua, semalam.


Menurut beliau, bantuan yang disediakan itu kebanyakan diluluskan kepada belia dalam lingkungan umur 20an hingga 30an.


"Kita bagi untuk menampung perbelanjaan mereka dan kegiatan mereka. Statistik yang saya ada kebanyakan penerima ini antara umur 21 hingga 30 tahun, iaitu hampir 80% dan 30 - 40 tahun selebihnya.


"Ini adalah sebahagian usaha kita membantu peniaga e-hailing secara konsisten tahun ini," katanya.


Menjawab soalan adakah bantuan berkenaan akan diluaskan kepada keperluan lain para pengendali e-hailing, kata Amirudin, hal berkenaan akan dibincangkan untuk peruntukan bantuan pada tahun hadapan.


"Macam kali pertama 2019 kita usulkan perkara ini, kita ingat nak bagi lesen tetapi lesen selesai di peringkat awal.


"Kita bagi bantuan RM500 tahun ini memandangkan keadaan ekonomi tidak baik. Mungkin tahun depan kita tengok macam mana kaedahnya memandangkan perniagaan e-dagang semakin berkembang daripada makanan dan sebagainya juga barangan lain dihantar melalui e-hailing.


"Antara yang kita tambah nilai pada 2019 ialah kita ada kerjasama dengan Perkeso, pengendali e-hailing ini dilindungi Perkeso sepanjang mereka bertugas," katanya lagi.



0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page