top of page

Selangor peruntukan RM1 juta untuk program I-Seed tahun ini



Kerajaan Negeri Selangor meneruskan program Bantuan Peralatan Usahawan India Selangor (I-Seed) tahun ini dengan peruntukan RM1 juta.


Exco Sumber Manusia dan Pembasmian Kemiskinan, V Papparaidu berkata dana itu akan mula diagihkan Jun ini mengikut daerah dengan menyasarkan sehingga 250 penerima.


"Permohonan perlu dibuat melalui ketua komuniti India supaya mereka dapat memastikan tiada penerima yang menjual semula barangan bantuan.


"Kita turut perkenalkan katalog digital untuk memudahkan pemohon memilih alatan bersesuaian dengan keperluan berniaga," katanya dipetik.


Beliau sebelumnya hadir ke majlis penyerahan bantuan I-Seed 2004 di Dewan Orang ramai Batang Kali Hulu Selangor pada Sabtu.


Pada majlis itu seramai 25 penerima bantuan peralatan perniagaan membabitkan peruntukan berjumlah RM150,000.


Sebagai rekod, I-Seed dilancarkan pada 2021 bertujuan meningkatkan taraf ekonomi kaum India. Setakat tahun lalu, seramai 410 usahawan India menerima manfaat I-Seed dengan peruntukan RM2.31 juta.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page