top of page

Selangor perluas Maahad Integrasi Tahfiz ke semua daerah



Kerajaan Negeri Selangor bakal memperluas Maahad Integrasi Tahfiz Selangor (MITS) ke sembilan daerah di negeri itu dalam usahanya memperkukuh institusi pendidikan aliran Islam.


Exco agama Dr Mohammad Fahmi Ngah berkata, sehubungan itu kurikulum dan sukatan pelajaran juga bakal ditambah baik merangkumi modul tahfiz serta sains dan teknologi.


Selain itu, katanya pengukuhan kemahiran teknologi seperti Kecerdasan Buatan (AI) serta fasiliti sukan juga akan turut diberi perhatian.


"Sekarang kita ada empat termasuk di Sabak Bernam dan Klang. Kita (hasrat) perluas ke semua sembilan daerah selepas ini," katanya dipetik ketika program ibadah korban di Surau Al-Bukhary Laman Glenmarie pada Isnin,.


Sementara itu Dr Mohammad Fahmi turut menggesa institusi tahfiz persendirian yang belum mendaftar dengan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) agar berbuat demikian melalui Persatuan Institusi Tahfiz Selangor (Pitas) sebelum 31 Disember depan.


Ia bagi melayakkan mereka menyertai program pemutihan.


"Tahun depan Pitas akan memastikan permohonan Kebenaran Merancang Tempoh Terhad (KMTT) diberikan kepada pengusaha supaya mereka boleh beroperasi.


"Selepas hantar permohonan KMTT, ini memberi ruang dan peluang untuk mereka beroperasi selama tempoh tiga tahun dan perlu memenuhi syarat mendapatkan KM penuh dalam tempoh itu.


"Tapi jika dalam tempoh tiga tahun itu mereka tidak boleh memenuhi syarat mendapatkan KM penuh maka penguatkusaan boleh dilakukan. Ini bagi memastikan keselamatan serta kebajikan pelajar dan guru terjamin," katanya.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page