top of page

Selangor perkenal AI dalam pentadbiran kampung mulai tahun depan



Seiring peredaran zaman, Kerajaan Negeri Selangor berhasrat memperkenal penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) kepada semua Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) bermula tahun depan.


Exco Kemajuan Desa, Datuk Rizam Ismail berkata, pentadbiran kampung tidak boleh ketinggalan dari perkembangan teknologi semasa bagi memastikan setiap dasar kerajaan dapat disampaikan dengan baik.


"Kita ada pelbagai perancangan antaranya memperkukuhkan pentadbiran JPKK di setiap kampung selain memastikan kampung tradisi juga dapat akses teknologi moden.


"Belanjawan negeri 2025 menekankan teknologi AI. Jadi kita perlu sentiasa mengikut perkembangan semasa agar kampung juga bergerak seiring zaman," katanya dipetik Media Selangor.


Beliau sebelum itu menghadiri Festival Kampung Tradisi di Dataran Morib yang dirasmikan Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.


Dalam majlis berkenaan, Amirudin melancarkan Skuad Bakti Desa yang akan diperkenalkan di semua 373 kampung tradisi seluruh negeri bertujuan menyemarakkan aktiviti kemasyarakatan, membantu mengurus mangsa bencana serta menyempurnakan majlis kenduri dan hal kematian.


Dalam pembentangan Belanjawan Selangor 2025 pada 15 November lalu, Amirudin memaklumkan Selangor bercita-cita untuk menjadikan wilayah utama yang mendalami sektor kecerdasan buatan.


Bagi tujuan itu Selangor bersedia bekerjasama erat dengan pihak industri untuk memanfaatkan teknologi baharu termasuk kecerdasan buatan dalam usaha meningkatkan produktiviti pekerja serta kecekapan pentadbiran kerajaan.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page