top of page

Selangor pastikan keseimbangan pembangunan pesat, kelestarian alam



Kerajaan Negeri Selangor terus berusaha mencapai keseimbangan antara pertumbuhan pesat dan kelestarian alam sekitar.


Exco kesihatan awam Jamaliah Jamaluddin berkata, bagi tujuan itu Kerajaan Negeri menggabungkan prinsip alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) dalam semua inisiatif pembangunan, sebagai sebahagian komitmennya.


"Selangor komited memimpin usaha pembangunan lestari dengan tumpuan untuk memastikan persekitaran yang bersih dan berdaya tahan demi kesejahteraan generasi akan datang.


"Untuk mencapai matlamat ini, usaha berterusan diperlukan bagi mengurangkan jejak karbon, memastikan bekalan air yang stabil dan mengamalkan pengurusan sisa yang mampan," katanya dipetik.


Jamaliah berkata begitu sempena Forum Kepimpinan Kelestarian di Hotel Grand Dorsett, Subang Jaya pada Selasa.


Sementara itu beliau yang juga ADUN Bandar Utama menjelaskan komitmen Kerajaan Negeri menyokong Rancangan Malaysia ke-12 yang mensasarkan pengurangan pelepasan gas rumah hijau 35 peratus menjelang 2025 seperti digariskan dalam Rancangan Selangor Pertama.


Sementara Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI berperanan penting dalam penubuhan Pusat Adaptasi Perubahan Iklim Selangor untuk membangunkan langkah bersesuaian bagi menerajui inisiatif hijau di seluruh negeri.


"Dalam landskap dinamik Selangor, MBI memainkan peranan penting dalam memacu pembangunan ekonomi transformasi di negeri ini.


"Dengan memberi tumpuan kepada perancangan strategik, pemudahcaraan pelaburan, dan kelestarian, MBI berhasrat untuk meletakkan negeri ini sebagai hab ekonomi yang pesat berkembang," katanya.

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page