top of page

Selangor pantau kawasan berisiko banjir, tambahbaik projek ban



Menjelang fenomena air pasang besar yang diramal melanda tidak lama lagi, Kerajaan Selangor melaksana beberapa langkah awal bagi menghadapi kemungkinan banjir kilat.


Exco Pengurusan Bencana negeri, Mohd Najwan Halimi berkata antara langkah tersebut adalah penambahbaikan projek ban pencegah banjir.


Selaras keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) baru-baru ini, pemantauan berterusan di kawasan berisiko turut dipergiat selain mengadakan simulasi menghadapi bencana.


"Persiapan pengurusan menghadapi bencana telah dilakukan awal termasuk membuat simulasi bersama PBT dan pejabat daerah, keselamatan penduduk menjadi keutamaan.


"Mesyuarat Kerajaan Negeri memutuskan untuk terus memantau dan menambah baik projek ban serta mitigasi banjir yang telah dan sedang dilaksanakan.


"Kawasan ban yang perlu diberi tumpuan ialah Kuala Selangor yang baru-baru ini ada isu ban pecah menyebabkan air naik," katanya dipetik pada majlis perasmian Hari Sukan Negara (HSN) 2024 peringkat negeri di Dataran Kemerdekaan pada Sabtu.

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri memaklumka fenomena air pasang besar dijangka mencatat paras air laut setinggi 5.4 meter jam 4.53 pagi 16 Oktober diikuti 17 Oktober dengan paras air laut 5.7 meter jam 5.38 pagi dan 5.1 meter jam 5.51 petang.


Bacaan paras air laut tertinggi direkodkan 5.8 meter jam 6.17 pagi dan 5.2 meter jam 6.36 petang pada 18 Oktober, diikuti 5.7 meter jam 6.54 pagi dan 5.2 meter jam 7.15 petang pada keesokan hari.


Dalam perkongsian infografik, pada 20 Oktober bacaan paras air laut dijangka 5.5 meter jam 7.29 pagi dan 5 meter jam 7.52 petang, dengan keesokannya bacaan paras air laut setinggi 5.1 meter jam 8.03 pagi.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page