top of page

Selangor negeri pertama lancar pelan pembangunan 5 tahun - Yahya Sahri



Kerajaan Negeri Selangor satu satunya di Malaysia mempunyai pelan pembangunan 5 tahun sebagaimana Rancangan Malaysia yang dibentangkan oleh Kerajaaan Persekutuan setiap 5 tahun sekali.


Ketua Cabang KEADILAN Tanjong Karang, Mohd Yahya Sahri berkata, Rancangan Selangor Pertama (RS-1) yang dilancarkan semalam akan menjadi pelan pembangunan paling komprehensif dan memberi keuntungan serta kebajikan kepada rakyat.


Oleh itu, beliau berharap pelan pembangunan itu akan meransang kemajuan negeri dan membawa masuk pelaburan secara besar besaran sebagaimana dirancang bagi melonjakkan ekonomi rakyat pasca pandemik Covid 19.


"KEADILAN Tanjong Karang menzahirkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada Datuk Seri Amirudin Shari, di atas Pembentangan Rancangan Selangor Pertama (RS-1) ini


"Rancangan Selangor Pertama (RS-1) akan menjadi landasan pembangunan negeri bagi tempoh lima tahun bermula 2022 hingga 2026.


"Kami telah meneliti pembentangan ini dan mendapati Rancangan Selangor Pertama (RS-1) akan merungkai pelbagai aspek kehidupan rakyat dan memacu pertumbuhan ekonomi negeri dengan baik dan terperinci


"Kami berpandangan, Rancangan Selangor Pertama (RS-1) telah menyentuh pelbagai aspek pembangunan negeri Selangor secara komprehensif.


"Rangka strategi yang berasaskan kepada 4 tema iaitu Pengukuhan Ekonomi, Mempertingkatkan Inklusiviti Sosial dan Kesejahteraan Rakyat, Pemacuan Kelestarian dan Tadbir Urus S.M.A.R.T. dan Efektif akan menjadikan Rancangan Selangor Pertama (RS-1) sebagai dokumen dasar negeri Selangor yang hadir tepat pada masanya, dalam usaha mempercepatkan proses pemulihan ekonomi pasca pandemik Covid-19," katanya dalam satu kenyataan.


Sehubungan itu, Yahya dan KEADILAN Tanjong Karang berharap perancangan yang dibentangkan akan dilaksanakan dan boleh dilihat serta dirasai oleh rakyat kebanyakan sesegera mungkin.


"Kami amat mengharapkan agar kesemua perancangan ini bukan sahaja cantik di atas kertas, bahkan turut diteliti daripada sudut pelaksanaan dan pengoperasiannya.


"Elemen penyampaian serta pemantauan dasar sangat memainkan peranan dalam memastikan segala perancangan ini menghasilkan impak yang positif kepada rakyat," katanya lagi.


Justeru KEADILAN Tanjong Karang, kata Yahya, komited menyokong pelaksanaan Rancangan Selangor Pertama dan berharap pelan pembangunan itu akan menjadikan Selangor negeri Pintar, Berdaya Huni dan Makmur menjelang tahun 2025.

0 comments

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page