Kerajaan Negeri Selangor akan memulakan gerak kerja bagi penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 sebaik temasya sukan dwitahunan itu yang sedang berlangsung di Sarawak melabuhkan tirai.
Perkara itu dinyatakan Exco Generasi Muda, Sukan & Modal Insan Selangor, Najwan Halimi ketika ditemui pemberita di gelanggang Persatuan Lawn Tenis Sarawak di Kuching.
"Balik dari Sarawak kita akan mula gerak kerja bukan sahaja sebagai penganjur tetapi untuk kita bangunkan atlet dengan melihat kepada prestasi atlet di sini (Sarawak).
"Kelemahan dan kekuatan atlet akan terus dikenal pasti sebelum menggarap program pembangunan atlet untuk persiapan ke SUKMA 2026," katanya dipetik.
Pada 18 Julai, Jawatankuasa Tertinggi Sukan Malaysia memutuskan Selangor bakal menjadi tuan rumah temasya SUKMA 2026.
Kali terakhir Selangor menjadi tuan rumah sukan berprestij itu pada 1998.
Sementara itu ketika engulas pencapaian atlet negeri itu di SUKMA Sarawak setakat ini, Najwan berkata Selangor berada di landasan betul untuk berada kedudukan tiga terbaik berdasarkan jumlah pungutan pingat semasa.
Comments