top of page

Selangor mahu jadi benteng pertahan syiar Islam - Amirudin



Lebih RM3 juta diperuntukkan untuk pelaksanaan lebih banyak program keilmuwan dan keagamaan di Selangor pada tahun hadapan.


Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, Selangor mahu menjadi benteng dalam mempertahankan syiar Islam di negara ini menerusi penganjuran berterusan program berunsur kerohanian termasuk Turath Islami yang menjadi pengisian penting Kerajaan Negeri bagi menyuburkan agama Islam di samping membangunkan sisi rohani rakyat di negeri itu.


"Kita ingin membangunkan negara dan negeri ini bukan hanya dengan bangunan agam dan mewah, tetapi kita juga mahu membangunkan manusia ... satu daripada caranya adalah dengan menyentuh serta menyuburkan hatinya dengan iman dan kecintaan kepada Rasulullah SAW.


"Justeru, program pengajian seperti turath akan menjadi salah satu daripada pengisian penting Kerajaan Negeri," katanya menerusi ucapan pembukaan Festival Darul Ehsan Berselawat 2024 di Shah Alam.


Festival Darul Ehsan Berselawat 2024 merupakan majlis munajat, zikir dan berselawat berlangsung selama tiga hari bermula Jumaat dari 4 petang hingga 12 tengah malam dan kemasukan adalah percuma.


Diadakan sempena ambang tahun baharu, ia menampilkan antaranya Dr Habib Luthfi Ali Yahya, iaitu agamawan dari Indonesia dan Habib Nael Ben Taher serta Habib Najmuddin Al-Khered.


Kerajaan negeri telah menganjurkan Festival Turath Islami Selangor kali kedua pada 26 Mei hingga 2 Jun lepas melibatkan 11 acara antaranya program Daurah Hadis 40, Pameran Al Wahyu: Tradisi Keilmuan Islam Alam Melayu, syarahan, Munaqasyah Ilmiah dan program selawat selain penglibatan 23 ulama serta ilmuwan Islam dari dalam dan luar negara.

0 comments

Recent Posts

See All

Yorumlar


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page