top of page

Selangor lanjut tempoh pemutihan sekolah agama persendirian, tahfiz



Tempoh penguatkuasaan garis panduan pemutihan sekolah agama persendirian dan tahfiz di Selangor dilanjutkan.


Menteri Besar (MB) Datuk Seri Amirudin Shari berkata, langkah itu bagi membolehkan institusi terbabit memenuhi beberapa syarat kelulusan terutamanya berkaitan keselamatan.


"Kita bagi penangguhan untuk mereka penuhi beberapa perkara dan ketika ini kekangan besar adalah kelulusan pada bomba kerana dari aspek keperluan PBT dan kesihatan semua sudah selesai.


"Keperluan bomba ini agak penting sebab kosnya boleh dikatakan besar kerana nak dapat sijil perakuan bomba, saya difahamkan bangunan-bangunan berkenaan memerlukan konsultan, pelan bangunan dan beberapa keperluan lain," katanya dipetik selepas menghadiri sambutan Hari Guru Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di Shah Alam pada Selasa.


Sementara itu jelasnya, Kerajaan Negeri bersedia menjadi perantara dengan jabatan bomba bagi memastikan semua institusi terbabit dapat memenuhi syarat ditetapkan sekali gus membolehkan garis panduan pemutihan dapat dikuatkuasakan sepenuhnya selepas ini.


"Aspek keselamatan itu amat penting, kita cuba jadi perantara bantu sekolah tahfiz penuhi syarat ditetapkan," katanya.


Pada Mac lalu, Pengerusi Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Selangor (PITAS) Muhd Hafiz Haneefa dilaporkan berkata sebanyak 100 daripada 500 pusat tahfiz telah selesai melalui proses pemutihan.


Selebihnya sudah berdaftar dan sedang melihat pengecualian dari segi caj pemajuan dan juga premium tanah.

Tempoh pemutihan sekolah agama persendirian di Selangor yang sepatutnya berakhir hujung tahun lepas dilanjutkan hingga Disember ini susulan garis panduan pemutihan baharu sedang dikemas kini.

0 comments

تعليقات


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page