top of page

Selangor lancar Unit Jagaan Palsi Serebrum



Oleh: Azuan Ab Rahman

Kerajaan Selangor terus menggembleng usaha memastikan kebajikan semua rakyatnya dapat dipenuhi.


Hal ini terbukti apabila Kerajaan Negeri itu menjadi yang pertama menawarkan khusus kepada golongan orang kurang upaya (OKU) kategori fizikal lumpuh otak melalui pelancaran Unit Jagaan Palsi Serebrum (CPCU).

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat, Anfaal Saari berkata, CPCU diwujudkan melalui Jabatan Anak Istimewa Selangor (AniS) dan Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) sebagai inisiatif khusus bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU) kategori fizikal - Palsi Serebrum (CP).


"Program CPCU ini akan dijalankan secara berfasa memandangkan golongan OKU dan anak istimewa kategori CP memerlukan rawatan khusus dalam jangka masa panjang sebagaimana diketahui umum.


"Fasa Pertama adalah Program Latihan Pemerkasaan Ibu Bapa atau Penjaga Anak Istimewa - CP bertujuan memberi pendedahan berkenaan kemahiran penjagaan khusus dan cara pengendalian anak-anak CP.

"Jabatan AnlS mensasarkan latihan ini dilaksanakan sebanyak tiga kali dalam tempoh setahun, dengan siri pertama akan dijalankan bermula Ogos depan," katanya dalam kenyataan.


Menurut ADUN Taman Templer itu, Fasa Kedua pula akan membabitkan Perkhidmatan Pinjaman Peralatan Rawatan CP.


"Peralatannya memakan kos agak tinggi, tetapi terdapat sebahagian peralatan tidak akan digunakan untuk tempoh panjang. Maka, perkhidmatan ini akan membantu mengurangkan perbelanjaan penjaga anak-anak CP," katanya.


Bagi Fasa Ketiga pula, ia akan menjuruskan kepada Perkhidmatan Rawatan CP yang akan dijalankan oleh pakar kesihatan terkait dengan keperluan anak, termasuk pakar fisioterapi, terapi cara kerja dan terapi pertuturan.


Justeru itu katanya, kerajaan negeri mengalu-alukan ibu bapa atau penjaga di Selangor yang mempunyai anak istimewa Selangor bagi kategori CP dengan beberapa syarat kelayakan yang ditetapkan bagi menyertai program tersebut.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page