top of page

Selangor lancar program XCare, sokong inovasi, ekosistem industri penjagaan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Feb 21
  • 2 min read


Kerajaan Negeri Selangor melancarkan program Selangor Care Accelerator 2025 (XCare) pada Khamis sebagai sebahagian persediaan negeri itu menghadapi situasi negeri menua.


Exco Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat, Anfaal Saari menerusi satu kenyataan berkata, program tersebut dianjurkan selaras dengan Teras 4 Dasar Ekonomi Penjagaan Negeri Selangor 2024-2030 iaitu Pelaburan dan Kerjasama.


"Program ini merupakan bukti kesungguhan Kerajaan Negeri dalam menyokong peningkatan inovasi, pertumbuhan perniagaan dan ekosistem industri penjagaan yang mampan.


"Sebanyak 30 perniagaan yang disenarai pendek akan menjalani bengkel intensif merangkumi 13 modul berkaitan perniagaan penjagaan serta kemahiran pitching yang akan membantu membina daya tarik dan daya tahan perniagaan," katanya dipetik.


Malaysia dijangka menjadi negara tua menjelang 2043, iaitu 14 peratus daripada penduduk terdiri daripada populasi berusia 65 tahun ke atas. Ini susulan kesan daripada peningkatan jangka hayat dan penurunan kadar kelahiran.


Program Selangor Care Accelerator (CareX) bertujuan memperkasa sektor ekonomi penjagaan dengan menyediakan latihan dan pengetahuan undang-undang berkaitan industri itu.


Selain memfokuskan penjagaan golongan warga emas, ia bakal melibatkan sektor ekonomi penjagaan kanak-kanak dan wanita yang sekali gus meningkatkan kesejahteraan sosial di negeri itu.


Sementara itu menurut Anfaal, program akan disokong menerusi sesi mentoring dengan tokoh industri yang berpengalaman, serta akan dilibatkan dalam lawatan ke industri penjagaan tempatan.


Kemuncak kepada program itu ialah pertandingan pitching yang akan menampilkan kesemua peserta berentap di peringkat semi final.


"Selanjutnya para peserta akan melalui saringan dan 10 perniagaan yang terpilih akan layak ke peringkat final.


"Di peringkat final, lima perniagaan akan dinobatkan sebagai ‘Top 5’ dan bakal menerima ganjaran berbentuk lawatan industri ke luar negara, jaringan dengan pemain industri dan pelabur, padanan perkhidmatan dan infrastruktur negeri dan Persekutuan serta trofi dan sijil penyertaan," tambahnya.


Sehubungan itu beliau menyeru orang ramai atau syarikat yang berminat menyertai pertandingan ini boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan melayari laman sesawang xcare.selcare.com atau berhubung dengan penganjur menerusi emel xcare.selangor@gmail.com


Pendaftaran bagi XCare itu jelasnya dibuka sehingga 10 Mac depan.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page