top of page

Selangor lancar gudang makanan, perkukuh sistem keselamatan bekalan



Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amiruddin Shari pada Sabtu melancarkan Gudang Makanan Selangor (GMS).


Pelancaran gudang makanan di Klang itu menjadikan Selangor sebagai negeri pertama menyediakan penyimpanan stok makanan terutama untuk berdepan situasi kecemasan luar jangka.


"Perancangan sekiranya ada kecemasan, bencana besar atau pandemik dan tidak boleh ada pergerakan, paling tidak kita yakin tiga bulan bekalan makanan boleh bertahan (dengan adanya GMS) di samping ia turut menjadi pengimbal kepada harga barang.


"Stok makanan ini tidak akan simpan selamanya, dalam tempoh tertentu kita keluarkan dan diganti balik.


"Bekalan itu juga ada yang akan dijual menerusi program Jualan Ehsan Rahmah (JER) dan Ehsan Mart dengan harga 15 ke 20 peratus lebih murah dari pasaran," katanya dipetik pada majlis dihadiri Exco Infrastruktur dan Pertanian Selangor Datuk Izham Hashim dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKPS Datuk Dr Mohamad Khairil Mohamad Razi itu.


Mengulas lanjut Amirudin berkata, pelaksanaan GMS adalah sebahagian usaha berterusan kerajaan negeri dalam memperkukuhkan makanan, memperbaiki sistem bekalan dan memastikan harga bahan makanan kekal berpatutan khususnya bagi golongan memerlukan.


Di samping komited menjadi peneraju dalam memperkukuhkan sekuriti makanan negara, pelaksanaan GMS turut berfungsi sebagai penghubung strategik dalam rantaian bekalan makanan yang mampan serta efisien.


"Inisiatif ini diharap dapat menjadi model bagi negeri-negeri lain dalam memperkukuhkan bekalan makanan untuk kesejahteraan rakyat Malaysia," katanya.


GMS hasil usaha Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) di Gudang Tiong Nam Logistics, di sini akan menempatkan sejumlah 5,000 tan metrik beras dan satu juta kilogram daging sejuk beku dalam tempoh yang ditetapkan.


Buat masa ini kerajaan negeri melalui PKPS menyewa sebahagian gudang Gudang Tiong Nam Logistics sementara menunggu gudang sebenar di Kuala Selangor siap dibina.

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page