top of page

Selangor lancar Ehsan Mart, tawar harga lebih murah



Kerajaan Negeri Selangor meneruskan kesinambungan program Jelajah Ehsan Rakyat (JER) apabila melancarkan pembukaan pasaraya 'Ehsan Mart' pada Ahad.


Dilaksana melalui Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) Ehsan Mart menawarkan harga barangan asas pada kadar 10 hingga 15 peratus lebih rendah berbanding di pasaran.


"Ehsan Mart diperkenalkan sebagai platform jualan yang lebih sistematik dan mampan susulan penerimaan maklum balas sangat positif daripada rakyat.


"Sejak pelancaran JER, lebih 4,000 lokasi di seluruh Selangor telah dilawati dengan jumlah perbelanjaan subsidi sebanyak RM58.7 juta," kata Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari dipetik pada ucapan perasmian Ehsan Mart pertama di Selayang.


Pewujudan Ehsan Mart itu juga tegasnya selari dengan usaha kerajaan negeri untuk sentiasa proaktif dalam menangani isu kenaikan harga barang dan keselamatan makanan.


"Ehsan Mart diharap dapat menjadi pendekatan strategik untuk mendekati rakyat serta membantu meringankan beban kos sara hidup ... ," tambah Amirudin.


Sementara itu PKPS merancang membuka 56 cawangan Ehsan Mart di seluruh kawasan DUN Selangor dalam tempoh tiga tahun akan datang.


Keutamaan diberikan kepada lokasi yang berhampiran Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) sesuai dengan fungsi Ehsan Mart sebagai platform strategik mengedarkan barangan keperluan asas dengan pantas dan berkesan serta memudahkan hal ehwal pengurusan.


Ehsan Mart juga akan berfungsi sebagai pusat agihan makanan sekiranya berlaku bencana atau keadaan darurat.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page