top of page

Selangor lancar Dasar Wanita Selangor dan Pelan Tindakan 2024-2026



Kerajaan Negeri Selangor pada Jumaat melancarkan Dasar Wanita Selangor dan Pelan Tindakan 2024-2026 bertemakan “Wanita Maju, Selangor Makmur”.


Menteri Besar (MB) Datuk Seri Amirudin Shari ketika pelancarannya berkata, dasar dan pelan tindakan itu terdiri daripada lima titik tumpuan dan tujuh matlamat yang menyentuh setiap aspek pembangunan wanita.


Dasar itu adalah kemaskini dari dasar sebelum ini dan bertujuan mengatasi isu berbangkit membabitkan golongan wanita.


"Dasar wanita ini menyentuh beberapa perkara, khususnya persepsi terhadap gender. Mungkin ada beberapa perkara yang menjurus kepada tindakan atau langkah memperlekeh gender atau kelompok termasuk wanita.

"Lebih parah lagi jenayah dan tindakan yang boleh melanggar dan melawan asas kehidupan serta hak asasi manusia termasuk keganasan domestik.


"Dengan adanya dasar dan pelan tindakan ini ia mampu mengatasinya hingga ke akar umbi serta asas yang lebih kukuh," katanya dipetik dalam majlis diadakan di Shah Alam itu.


Sementara itu Exco Pembangunan Wanita & Kebajikan Masyarakat, Anfaal Saari berkata, penambahbaikan yang dilakukan bertujuan untuk memastikan perancangan dan pelaksanaan dapat dicapai setelah lima tahun dasar sebelum ini dilaksanakan.


"Secara ringkasnya, hasil dari kajian penilaian Dasar Wanita Selangor 2017-2020 mendapati bahawa hanya 56% daripada keseluruhan pelan tindakan tersebut berjaya dilaksanakan sepanjang tempoh dasar itu berkuatkuasa.


"Oleh yang demikian, proses penambahbaikan dasar sedia ada telah dilakukan bertujuan untuk menambahbaik dan mengemaskini dasar ini sejajar dengan keperluan Rancangan Selangor Pertama atau RS-1 dan Matlamat Pembangunan Mampan atau SDG khususnya SDG-5," jelasnya.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page