top of page

Selangor laksana audit dalaman, kesan urusan tanah tidak sah



Kerajaan Selangor bercadang melaksana audit dalaman ke atas semua agensi kerajaan di negeri itu bagi mengesan urusan pindah milik tanah secara tidak sah.


Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pihaknya mengambil kira saranan dikemukakan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf dalam usaha menangani kegiatan itu.


"Kita akan laksanakan (audit dan siasatan dalaman) sebab timbul perkara ini dan kita terima saranan itu.


"Kita akan semak, kemungkinan untuk kita laksanakan audit di jabatan lain supaya kita boleh kenal pasti ada berlaku atau tidak perkara itu," katanya dipetik dalam satu sidang media selepas menyempurnakan Majlis Amanat Tahun Baharu 2025 dan Pelancaran Penjenamaan Kita Selangor di Auditorium Dewan Jubli Perak, SUK, di Shah Alam pada Isnin.


Sebelum ini, media melaporkan polis membongkar kegiatan memindah milik tanah secara tidak sah membabitkan ‘orang dalam’ di Pejabat Tanah Daerah (PTD) Klang membabitkan tanah seluas 9.4 hektar bernilai RM7.1 juta.

Ramli ketika menyarankan audit itu pada Ahad berkata, pihaknya bersedia untuk menjalankan siasatan jika ada bukti atau maklumat mengaitkan PDT lain dengan kes jenayah tersebut.


Sementara itu Amirudin berkata, Kerajaan Negeri akan memperketatkan prosedur operasi standard melibatkan sistem e-Tanah bagi mengesan sebarang salah laku khususnya kegiatan pindah milik tanah secara tidak sah.


"Selepas ini (pengguna sistem) wajib untuk mendaftarkan username supaya kita dapat mengesan dan mengenal pasti siapa yang masuk dalam sistem, bila masa serta sebagainya," katanya.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page