top of page

Selangor kutip RM38 juta caj beg plastik, pelihara alam sekitar



Kerajaan Selangor berjaya mengumpul sebanyak RM38 juta hasil daripada kutipan caj 20 sen bagi setiap beg plastik daripada pengguna yang dikuat kuasakan sejak 2020 hingga tahun lepas, demikian menurut Exco Kesihatan Awam dan Alam Sekitar negeri.


Jamaliah Jamaluddin berkata, wang kutipan itu disalurkan kembali sebagai peruntukan untuk penganjuran program kelestarian oleh Kerajaan Negeri bagi mendidik rakyat mencintai dan memelihara alam sekitar.


"Hasil kutipan itu, kita salurkan kembali untuk laksanakan program seperti Karnival Alam Sekitar Peringkat Negeri Selangor 2024 pada 20 dan 21 Julai ini, pemasangan lampu solar, program Pokok Untuk Pendidikan, Sambutan Hari Bumi dan Projek Kebun Komuniti," katanya dipetik.


Beliau berkata demikian kepada dalam sidang media mengenai penganjuran Karnival Alam Sekitar Peringkat Negeri Selangor 2024 di pusat beli-belah 1 Utama, Petaling Jaya.


Jamaliah berkata menerusi program itu, kerajaan negeri turut akan menjalankan kajian bagi mengumpul pandangan orang awam bagi kenaikan caj setiap beg plastik di Selangor.


"Ada pihak membangkitkan sama ada perlu menaikkan harga beg plastik, namun kerajaan Selangor ingin mendapatkan pandangan rakyat menerusi karnival ini," katanya.


Beliau berkata karnival bertemakan "Kempen Bebas Plastik" bertujuan meningkatkan kesedaran orang ramai dalam usaha mengurangkan penggunaan dan penghasilan sisa plastik dalam kehidupan seharian selain mengamalkan budaya hidup lestari.


"Sempena karnival ini sebanyak 29 gerai terdiri daripada agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan, peniaga kecil dan pihak swasta menawarkan pelbagai pameran serta bengkel interaktif berkaitan kesedaran alam sekitar," katanya.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page