top of page

Selangor kaji insentif, pastikan kebajikan sampai secara menyeluruh



Kerajaan Negeri Selangor terus berusaha memenuhi kebajikan rakyat di negeri itu supaya dapat disampaikan secara menyeluruh.


Exco Pembangunan Wanita, Anfaal Saari berkata, Kerajaan Negeri akan melaksana kajian penjajaran semula beberapa insentif termasuk skim MamaKerja supaya objektif untuk memberi sokongan golongan sasar dapat diteruskan.


"Program MamaKerja bersifat one-off dan diperkenal sejak November 2023. Untuk tahun depan, tiada peruntukan disediakan kepada insentif berkenaan.


"Kerajaan Negeri akan mengkaji penjajaran semula beberapa insentif kepada pengusaha taska dan tadika bagi memenuhi objektif yang sama, sokongan kepada ibu bekerja," katanya dipetik.


ADUN Taman Templer itu menjelaskan, antara yang sedang dipertimbangkan adalah skim insentif kepada pengusaha taska dan tadika bagi memenuhi objektif serupa.


Sebagai rekod, skim MamaKerja merupakan insentif bantuan bayaran one-off RM1,000 bertujuan meringankan beban menampung kos penjagaan anak. Ia juga sebagai galakan supaya wanita kekal dalam sektor pekerjaan.


Melibatkan peruntukan RM5 juta, skim tersebut memanfaatkan 5,000 wanita bekerja yang memiliki tiga anak bawah 12 tahun dengan pendapatan isi rumah tidak melebihi RM8,000.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page