top of page

Selangor jangka ratifikasi Akta Pengurusan Sisa Pepejal hujung 2024



Kerajaan Selangor dijangka memuktamadkan keputusan untuk mengguna pakai Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) pada akhir tahun ini atau selewat-lewatnya awal 2025.


Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata, ratifikasi akta tersebut membolehkan kos pengurusan sisa pepejal di negeri itu yang sekarang ditanggung melalui syarikat kerajaan negeri, KDEB Waste Management (KDEBWM) dapat dikurangkan.


Ketika ini kos operasi yang ditampung oleh KDEBWM bagi memungut satu tan metrik sampah dianggarkan RM7 hingga RM8 berbanding nilai sebenar pada RM14 hingga RM15, kata beliau.


"KDEBWM menanggung kos tambahan RM7 menyebabkan syarikat itu mengalami kitaran kewangan ketat dan menyukarkan pelaburan untuk membeli lori, peralatan baharu dan sebagainya.


"Dengan Akta 672, jurang itu akan diisi dengan peruntukan kerajaan Persekutuan dan kita sedia berbincang untuk tujuan berkenaan. "Harap, pada akhir tahun ini atau awal 2025 kita selesai," katanya dipetik selepas melancarkan Sidang Kemuncak Pendidikan Selangor (SES) 2024 di Shah Alam semalam.


Laporan media sebelum ini menyebut Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menerima nota hasrat daripada kerajaan Selangor bagi meratifikasi Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007.


Menterinya Nga Kor Ming memberitahu, perbincangan bagi penerimaan Akta 672 itu oleh kerajaan Selangor sedang berjalan dan perkembangannya akan dimaklumkan.


Amirudin berkata melalui akta tersebut Selangor dijangka menyelesaikan masalah kos serta kewujudan tapak pelupusan sampah haram di negeri itu.


Mengenai SES 2024, beliau berkata, sidang kemuncak yang buat pertama kali dianjurkan dari 27 November hingga 1 Disember depan di Pusat Konvensyen Setia City (SCCC), Shah Alam bakal menghimpunkan beberapa program pendidikan anjuran agensi kerajaan dan pelbagai pihak.


Jelasnya, program itu menyasarkan seramai 150,000 pengunjung yang merangkumi Pesta Buku Antarabangsa Selangor (SIBF) 2024, Selangor Research Development and Innovation Expo 2024 dan Selangor Advance Skills dan Selangor EDU-STEM Carnival.


"Penganjuran SES 2024 bertujuan memperkasa agenda pendidikan dan penyediaan modal insan berkemahiran dalam bidang Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) dan pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).


"Ia juga akan meningkatkan kerjasama pihak berkepentingan dalam bidang pendidikan serta industri dan penyedia teknologi dari dalam dan luar negara," katanya sambil menambah kerajaan negeri juga akan melancarkan Baucar Buku Kita Selangor yang dibentangkan dalam Belanjawan Selangor 2025 pada Jumaat lalu.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page