top of page

Selangor jaga kebajikan komuniti Orang Asli, termasuk peluang pendidikan



Kerajaan Negeri Selangor tetap memberi perhatian terhadap kebajikan dan usaha membangun komuniti Orang Asli di negeri itu.


Menteri Besar (MB) Datuk Seri Amirudin Shari berkata usaha itu termasuk inisiatif biasiswa Sagong Tasi, bantuan yang ditawarkan bukan sahaja kepada pelajar yang menyambung pengajian peringkat universiti sebaliknya juga untuk pelajar sekolah menengah dari komuniti itu.


"Yang masuk pengajian kelas ketiga macam Institut Kemahiran Bina Negara, GiatMARA juga boleh mohon.


"Dasar Kerajaan Negeri nak pastikan pembangunan, kebajikan semua terbela. Kita mahu rakyat Selangor mendapat perhatian dan pembelaan sebaiknya," katanya dipetik.


Amirudin berkata demikian pada ucapan di Karnival Kesihatan dan sambutan Hari Orang Asli Sedunia di Perkampungan Orang Asli Kemensah, Ampang Jaya pada Sabtu.


Biasiswa Sagong Tasi merupakan tajaan khas bagi pelajar Orang Asli dari Selangor yang berasal daripada keluarga berpendapatan rendah.


Permohonannya dibuka sepanjang tahun bagi pelajar yang berkelayakan.


Sementara itu tambah Amirudin, sejumlah RM1 juta diperuntukkan sepanjang tahun lalu bagi melaksanakan proses mewarta perkampungan Asli seluruh negeri.


Mengulas mengenai Perkampungan Orang Asli Kemensah, ia jelasnya tidak dapat diwarta setakat ini memandangkan kawasan itu melibatkan rizab hutan.


"Ini dekat dengan kawasan geopark yang perlu daftar sehingga peringkat antarabangsa. Jadi banyak peraturan kena buat dan perlukan masa kalau nak gazetkan.


"Tetapi kita jamin tak akan halau penduduk sini dan pastikan boleh terus duduk kerana sudah lama tinggal di sini. Cuma kena tambah kemudahan," katanya.

0 comments

Recent Posts

See All

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page