top of page

Selangor cipta sejarah, rekod pelaburan RM101 bilion pada 2024



Negeri Selangor merekodkan jumlah pelaburan RM101 bilion tahun lalu, melebihi sasaran RM55 bilion yang ditetapkan.


Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari di Dewan Negeri Selangor (DNS) pada Selasa berkata, nilai pelaburan itu dijangka membuka sehingga 90,000 peluang pekerjaan di negeri itu.


"Baru dilaporkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), tahun lepas kita telah mencatatkan RM101 bilion (pelaburan) melebihi daripada sasaran kita RM55 bilion.


"Jika dengan RM55 bilion kita telah membuka atau menyediakan peluang pekerjaan lebih kurang 60,000, sekarang ini (dengan RM101 bilion) jumlahnya mungkin lebih daripada 80,000 hingga 90,000.


"Ini jumlah tertinggi yang pernah dicatatkan oleh pentadbiran Kerajaan Perpaduan di Selangor," katanya dipetik ketika menggulung titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.


Menteri MITI Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz melalui pengumumannya pada Selasa berkata, Malaysia merekodkan pelaburan diluluskan RM378.5 bilion pada 2024, paras tertinggi dalam sejarah negara.


Selangor mendahului sebagai destinasi pelaburan teratas dengan pelaburan diluluskan RM101 bilion, diikuti Kuala Lumpur (RM91.5 bilion), Johor (RM48.5 bilion), Kedah (RM45.8 bilion) dan Pulau Pinang (RM32.0 bilion).


Sementara itu Amirudin memberitahu dewan bahawa berdasarkan laporan Jabatan Perangkaan Malaysia, pendapatan isi rumah di Selangor mencapai RM10,827, tertinggi selepas Kuala Lumpur dan Putrajaya, serta kadar kemiskinan rendah pada 1.2 peratus.


Selaras dengan iltizam Kerajaan Madani untuk mencapai sifar kemiskinan tegar, Kerajaan Negeri telah mengarahkan kemas kini data miskin tegar negeri setiap enam bulan bagi memastikan bantuan dapat disalurkan dengan lebih berkesan.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page