top of page

Selangor cadang bangun semula kuarters penjawat awam Persekutuan



Kerajaan negeri Selangor merancang untuk menjalin kerjasama dengan syarikat swasta bagi membangun semula kuarters penjawat awam Persekutuan di negeri itu.


"Kita mengenalpasti ada beberapa lot kuarters kerajaan yang dibina dengan kaedah lama... jadi kita sedang fikirkan macam mana kita hendak bangunkan semula.


"Sebelum ini ada isu beberapa isu berkenaan (status) tanah... tetapi saya sudah dapat penyelesaian tertentu bagaimana tanah itu boleh dibangunkan oleh pihak kerajaan dengan kerjasama pihak swasta.

"Kalau tidak sempat untuk laksanakan (proses pembangunan semula) tahun ini. Kita akan 'coordinate' ketika belanjawan (negeri) untuk tahun depan," kata Amirudin ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Perhimpunan Penjawat Awam Negeri Selangor di Bukit Jelutong pada Khamis.


Amirudin turut memaklumkan, projek pembangunan semula itu bakal dilaksana tidak lama lagi.


Selain itu tambahnya, pihaknya juga merancang menambah lagi kuarters berkenaan memandangkan jumlah penjawat awam di Selangor sangat ramai.


"Ada banyak (kuarters di Selangor) seperti di Seksyen 8 malah di setiap daerah ada kawasan penjawat awam (tetapi) tidak cukup sebab jumlah penjawat awam ramai.


"Jadi kita perlu menambah lagi (kuarters). Sebahagiannya kita perlu bina 'high rise' atau bangunan tinggi yang mempunyai melengkapkan kemudahan yang baik.


"Ia sudah dilaksanakan pun di banyak tempat sebagai contoh di Jalan Duta iaitu perumahan untuk penjawat awam dalam bidang pertahanan dan sebagainya," kata Ahli Parlimen Gombak itu.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page