top of page

Selangor bina ekosistem inklusif untuk OKU, kanak-kanak autistik



Oleh: Azuan Ab Rahman


Kerajaan Negeri Selangor berusaha memperkasa penjaga golongan orang kurang upaya (OKU) termasuk kanak-kanak autistik.


Exco Kebajikan Anfaal Saari menerusi satu hantaran di laman Facebooknya berkata, usaha itu merupakan antara yang terkandung dalam Dasar Ekonomi Penjagaan Selangor yang dilancarkan bulan lalu.


Ia bagi memastikan anak-kanak autistik dan penjaga mereka mendapat persekitaran yang lebih baik dan sokongan sewajarnya.


"Sebagai sebuah masyarakat, kita perlu membina ekosistem yang lebih mesra dan inklusif untuk kanak-kanak autistik dan keluarga mereka.


"Sokongan komuniti yang kuat adalah kunci bagi membantu keluarga ini menghadapi cabaran harian terutama dalam usaha menghapuskan stigma dan meningkatkan kesedaran," katanya.


Dasar Ekonomi Penjagaan Selangor dilancarkan Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari merupakan antara persediaan menghadapi situasi negeri menua.


Dasar itu memberi tumpuan kepada lima teras utama iaitu advokasi dan promosi, tata kelola dan kawal selia, penjaga terlatih dan tenaga kerja, pelaburan dan kerjasama serta inovasi, teknologi dan data dengan mengambil kira aspek penjagaan warga emas, penjagaan kanak-kanak, OKU serta pengukuhan sokongan kepada komuniti penjaga yang formal dan tidak formal.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page