top of page

Selangor berhasrat perkenal Akademi Pengajian Turath



Dalam usaha memastikan pendidikan kitab warisan Islam dilaksana secara berterusan, Kerajaan Negeri Selangor berhasrat memperkenal Akademi Pengajian Turath dengan mengetengahkan silibus secara tersusun.


Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, bagi tujuan itu Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dipilih sebagai lokasi pengajian.


"Kita tidak mahu program turath ini menjadi program sekali lalu (touch and go) atau hanya dibuat tahunan, justeru Kerajaan Selangor berhasrat menjadikan pendidikan turath secara berterusan.


"Sejak beberapa bulan lalu kita mulakan program dipimpin Baba Ismail Sepanjang Al-Fathoni, tokoh ulama Pattani. Selepas ini kita akan perkenal Akademi Pengajian Turath bersama silibus tersusun," katanya dipetik.


Amirudin sebelumnya dijemput sebagai tetamu pada segmen Inspirasi Pagi bersama radio IKIMfm pada Rabu.


Mengulas lanjut beliau berkata, pengenalan akademi itu kelak akan mencapai impian menjadikan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah sebagai gedung ilmu setanding Masjid Al-Azhar di Mesir.


Selangor bakal menganjurkan festival Turath Islami Selangor edisi kedua bermula Ahad ini.


Festival itu bakal mengangkat kitab warisan demi pembinaan generasi Islam yang lebih baik pada masa hadapan.


Ia bakal menampilkan lebih 20 ulama terkenal, tokoh agamawan dan akademik dari Malaysia, Indonesia, Thailand dan Singapura melibatkan 12 acara utama dengan jangkaan menarik 30,000 penyertaan.


Bekas Mufti Besar Mesir Syeikh Professor Dr Ali Jum’ah turut dijangka hadir bagi mengupas Kitab Hadis 40.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page