top of page

Selangor benteras pencerobohan Hutan Simpan Bukit Cherakah



Kerajaan Negeri Selangor tegas melindungi hutan simpan dan tidak bertolak ansur kepada sebarang aktiviti pencerobohan atas alasan apa sekali pun.


Exco Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) serta Hal Ehwal Pengguna, Hee Loy Sian berkata, Kerajaan Negeri akan sentiasa menjalankan operasi penguatkuasaan dari semasa ke semasa menentang aktiviti penerokaan hutan secara haram.


Salah satu operasi, katanya telah dilakukan pada 12 Ogos lalu melibatkan Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) di kompatmen 14 Hutan Simpan Bukit Cherakah bagi membenteras aktiviti penternakan haram.


"Operasi Penguatkuasaan Bersepadu ini dijalankan bagi bertindak ke atas pencerobohan Hutan Simpan Bukit Cherakah oleh penternak yang menjalankan aktiviti ternakan lembu dan kambing tanpa kebenaran.


"Operasi dijalankan kerana penceroboh gagal mengosongkan premis setelah notis terakhir diberikan pada Februari 2020 lalu," katanya dalam satu kenyataan.


Menurut Hee, pencerobohan hutan simpan adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 32 (1) Enakmen (Pemakaian) Akta Perhutanan Negara 1985.


Dalam operasi itu, pihak berkuasa telah menahan 3 individu, merobohkan 2 kandang lembu dan sebuah pondok. Selain merampas 27 ekor lembu, 59 ekor kambing serta menyita 4 motorsikal, sebuah kereta dan sebuah lori. Di samping merampas 2 unit pam air dan sebuah ganerator.


Kes tersebut, kata Hee, akan disiasat di bawah seksyen 32 (1) Enakmen (Pemakaian) Akta Perhutanan Negara 1985 yang menyebut .......tiada seorang pun boleh menduduki atau menjalankan apa-apa aktiviti atas mana-mana tanah dalam kawasan hutan simpanan kekal, melainkan jika dia adalah pemegang suatu permit penggunaan”. Jika sabit kesalahan, individu yang terbabit boleh didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak kurang daripada enam bulan tetapi tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.


"Dalam hal ini Kerajaan Negeri Selangor tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba menjalankan aktiviti tanpa kebenaran di dalam Hutan Simpan dan akan mengambil tindakan tegas sepertimana termaktub dalam Enakmen (Pemakaian) Akta Perhutanan Negara 1985

sekiranya ianya berlaku," katanya lagi.


Operasi berkenaan turut disertai Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pejabat Tanah dan Daerah Petaling, Majlis Bandaraya, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Selangor, Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor (UPEN) dengan jumlah keanggotaan keseluruhan seramai 200 orang.


0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page