top of page

Selangor bakal perkenal insentif baharu untuk ibu bekerja



Kerajaan Negeri Selangor bakal memperkenalkan dua insentif baharu bagi memenuhi objektif memberi sokongan kepada ibu bekerja di negeri itu.


Exco Pembangunan Wanita Anfaal Saari berkata, insentif Asuh Pintar dan Tunas itu akan menggantikan skim MamaKerja yang tidak diteruskan tahun ini dan dijangka dilancarkan pada Jun hadapan.


"Kami sedang mengkaji Asuh Pintar iaitu insentif bersifat subsidi sebanyak RM100 disalurkan kepada tadika selama setahun yang menyasarkan penerima berpendapatan RM3,000 ke bawah.


"Bagi Tunas, untuk kanak-kanak di taska dengan subsidi RM50 diberikan selama setahun. Kita mahu rangkumkan kedua-duanya yang bersifat menyokong ibu bapa bekerja," katanya dipetik.


Beliau berkata begitu kepada pemberita melancarkan program Swift EmpowHER oleh syarikat penyedia perkhidmatan logistik bersepadu Swift Haulage Berhad di Pelabuhan Klang pada Selasa.


MamaKerja merupakan insentif untuk wanita bekerja dengan bayaran one-off RM1,000 yang layak dimohon wanita bekerja memiliki tiga anak berusia bawah 12 tahun dengan pendapatan isi rumah tidak lebih RM8,000.


Pada Disember, Kerajaan Negeri menyatakan hasrat melaksana penjajaran semula beberapa insentif, termasuk skim MamaKerja bagi memastikan manfaat bantuan diterima secara menyeluruh.


Sementara itu menurut Anfaal, model agihan insentif Asuh Pintar dan Tunas masih di peringkat kajian dengan jangkaan sasaran seramai 1,000 penerima.


"Kita sasar 1,000 orang tetapi modelnya kita akan kaji dahulu sebab skim MamaKerja dapat sambutan hebat dengan 5,000 penerima dan peruntukan RM5 juta," katanya.

0 comments

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page