top of page

Selangor bakal lancar CareX, perluas dasar ekonomi penjagaan



Kerajaan Negeri Selangor bakal melancarkan satu lagi program sebagai usaha memperluaskan lagi dasar ekonomi penjagaan sekali gus mampu menjana pendapatan lebih tinggi.


Exco Pembangunan Wanita Anfaal Saari berkata, program Selangor Care Accelerator (CareX) itu dijangka dilancarkan pada Febuari ini bagi melatih peserta sektor penjagaan dan undang-undang selain memperluaskan perspektif industri terbabit.


"Menariknya peserta perlu menyampaikan idea mereka di depan pelabur dan berpeluang mendapatkan geran.


"Ia akan menggalakkan ekonomi kerana banyak potensi untuk dikembangkan selain visi menjadikan Selangor sebagai hub penjagaan," katanya dipetik.


Dasar Ekonomi Penjagaan Selangor dilancarkan Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari pada November lalu sebagai antara persediaan menghadapi situasi negeri menua.


Dasar itu memberi tumpuan kepada lima teras utama iaitu advokasi dan promosi, tata kelola dan kawal selia, penjaga terlatih dan tenaga kerja, pelaburan dan kerjasama serta inovasi, teknologi dan data.


Ia mengambil kira aspek penjagaan warga emas, penjagaan kanak-kanak, OKU serta pengukuhan sokongan kepada komuniti penjaga yang formal dan tidak formal.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page