top of page

Selangor bakal bangun taman industri semikonduktor



Kerajaan Negeri Selangor sedang giat mengintai peluang bagi meraih manfaat dari pelaburan industri semikonduktor, jelas Menteri Besar.


Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pentadbirannya sedang merangka pelan pembangunan kawasan industri semikonduktor bagi menarik lebih banyak pelaburan, sekali gus merangsang pertumbuhan ekonomi negeri dan mewujudkan lebih banyak pekerja berkemahiran.


Agensi Kerajaan Negeri, Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) jelasnya kini dalam proses meneliti cadangan membangunkan taman semikonduktor di negeri itu.


"Taman berkenaan akan dibangunkan di kawasan baharu. Kita sedang mengenal pasti keperluannya kerana perlu menepati ciri-ciri untuk mengisi keperluan industri semikonduktor," katanya dipetik pada majlis makan tengahari sempena penganjuran SEMICON Southeast Asia 2024 di Kuala Lumpur pada Selasa.


Terdahulu Amirudin dalam ucapannya berkata, penglibatan Selangor dalam reka bentuk litar bersepadu (IC) bertujuan melonjakkan kedudukan Malaysia dalam rantaian nilai daripada sekadar pemain kepada pemain strategik dalam ekosistem lebih luas.


"Inisiatif ini bertujuan melatih lebih daripada 300 jurutera dan kita juga telah mendapat minat pengendali utama. Namun, masih ada peluang keemasan lain yang boleh kita wujudkan kerjasama," katanya.


Sektor semikonduktor telah bertapak di Selangor sejak 1970-an dan pengembangan ekosistem terbabit sedang giat diusahakan sejak tahun lepas bagi memanfaatkan permintaan tinggi terhadap produk berkaitan.


Malah, antara pemain yang bertapak sejak beberapa dekad di Selangor adalah syarikat Amerika Syarikat Texas Instruments Malaysia Sdn Bhd dan NXP Malaysia Sdn Bhd.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page