top of page

Selangor anjur program Rakan Muda Prihatin "We Care"



Kerajaan Negeri dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Selangor menganjurkan Program Rakan Muda Perihatin "We Care" bagi mengumpul sukarelawan dalam kalangan belia mendekati masyarakat yang kurang bernasib baik.


Menurut Exco Pembangunan Generasi Muda & Sukan dan Pembangunan Modal Insan, Mohd Khairuddin Othman, program yang dijalankan di DUN Paya Jaras itu mengumpulkan kelab belia setepat bagi menyampaikan bantuan asas kepada penduduk yang terjejas pada waktu pandemik Covid-19.


Katanya, program pada 6 Disember itu berjaya mencapai matlamat antaranya mengisi masa lapang anak muda dengan kegiatan berfaedah.


"Selesai jelajah rumah ke rumah beri bantuan. Saya ucapkan terima kasih dan tahniah kepada Jabatan Belia dan Sukan, Kelab Belia Kampung Setia dan MAYC (yang menjayakan program)


"Sasaran kita hari ini ialah merapatkan sukarelawan dengan masyarakat. Ramai yang kita jumpa, sangat terharu dan menzahirkan terima masih atas bantuan. Kita juga mengucap terima kasih atas kerjasama Ketua Kampung dan JKKK.


"Kita harap program seumpama ini diikuti oleh kelab-kelab (belia) yang lain. Kerajaan negeri sedia bekerjasama bagi menyuburkan sukarelawan kita di Selangor dan Malaysia," katanya.


Ditanya reaksi penduduk sepanjang lawatan berkenaan, Khairuddin berkata, mereka terkesan dengan sokongan yang ditunjukkan oleh Kerajaan Negeri dan golongan muda yang senang hati mendengar kesusahan rakyat.


"Tidak dinafikan mereka terharu dengan kedatangan kelab ini dan kita semua. Sebenarnya mereka mahu keperitan itu dirasai bersama, tidak sangat mengharapkan bantuan wang ringgit.


"Ramai yang merasakan kedatangan kita menyentuh hati dan merasa mereka disokong dalam kepayahan hidup," katanya lagi.


Program anak muda prihatin tersebut akan dilakukan dengan lebih kerap bagi memberi sokongan sosial terhadap golongan yang tertekan akibat pandemik Covid 19 dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat yang sedang berkuatkuasa.


0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page