top of page

Selangor anjur pertandingan keroncong, usaha martabat seni muzik asli



Di sebalik rencana pembangunan yang pesat Kerajaan Negeri Selangor terus melaksana pelbagai usaha untuk memelihara seni asli tradisional.


Exco Kebudayaan negeri Selangor Datuk Borhan Aman Shah berkata, pada tahun ini pihaknya bakal menganjurkan pertandingan muzik keroncong peringkat kebangsaan dengan kerjasama Rancangan Televisyen Malaysia (RTM).


"Tahun lepas kita anjurkan pertandingan cempuling. Tahun ini kita anjur pertandingan keroncong.


"Ini usaha negeri dalam memartabatkan muzik asli ke peringkat antarabangsa," katanya dipetik.


Sebagai rekod, Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari pada pembentangan Belanjawan 2025 lalu mengiktiraf seni tradisional apabila mengumumkan peruntukan khas untuk memartabatkan muzik cempuling sebagai seni warisan.


Melalui peruntukan itu beliau berharap cempuling yang menjadi imej dan identiti Selangor diperluas peringkat sekolah di seluruh daerah.


Sementara itu Borhan memaklumkan, kerajaan negeri Selangor sekali lagi bakal menganjurkan pertandingan Asli Battle of The Bands (ABOTB) yang dianjur kali pertama dua tahun lepas.


Pertandingan itu sebagai usaha mengilap bakat dan mencari kugiran dalam kalangan komuniti Orang Asli.


"Edisi pertama hanya melibatkan kumpulan dari Selangor tapi kali ini kita perluaskan penyertaan dari kaum asal negeri ini. Kita mahu bakat mereka digilap," katanya.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page