top of page

Selangor akan tubuh Majlis Pembangunan Masyarakat India - MB



Pembangunan masyarakat India akan diberi keutamaan oleh Kerajaan Negeri melalui beberapa inisiatif peningkatan taraf hidup yang akan dilaksanakan.


Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata demikian dalam Program Hala Tuju Membentuk naratif Pembangunan Masyarakat India di Wyndham Acmar Klang, semalam.


Katanya, pembelaan ke atas kaum India tidak lagi hanya berkisar kepada isu tapak kuil atau sekolah Tamil tetapi perlu lebih daripada itu.


"Sejak 2008 (ambil alih pemerintahan negeri) kita telah membuka ruang perubahan. Kita telah memulakan beberapa langkah dalam menyediakan peruntukan kepada Sekolah Kebangsaan Tamil dan sekarang hampir semua negeri lakukan perkara sama.


"Peruntukan rumah ibadat bukan Islam kita buat. Kita beri tanah untuk kuil dan tokong dan sekarang banyak negeri ikut formula ini.


"Cuma ketika ini kita perlu semak apakah cukup atau perlu tambah peruntukan untuk selesaikan masalah.


"Pada 2016 kita buat program keusahawanan (bagi kaum India) dan dicampur program Hijrah juga beberapa program lain di Selangor.


"Pada 2008 kita beri peruntukan kepada komuniti India dan kemudian kita dapati negeri lain telah atasi peruntukan itu. Jadi kita akan semak dalam Bajet hadapan dan naikkan peruntukan itu," katanya diikuti tepukan gemuruh hadirin.


Selain itu, menurut MB lagi, Kerajaan Negeri juga akan memperkasa program bantuan pendidikan buat kaum India.


Sebahagian masyarakat India yang mengikuti bengkel dan nteruja dengan pengumuman MB Selangor

Katanya, asrama bagi memudahkan pembelajaran murid India ladang sebagaimana dijanjikan pada penggal pertama pemerintahan PH telah pun siap dibina dan akan mula menerima kemasukan murid pada tahun ini.


"Asrama kita selesai bina dan boleh memuatkan 200 orang. Saya akan pastikan operasi asrama ini akan dimulakan secepat mungkin dan sekurang kurangnya menerima 100 murid pada peringkat awal," ujarnya.


Tambah Amirudin, masyarakat India tidak boleh lagi diberikan impian atau blue print tetapi negara telah sampai ke peringkat pelaksanaan peningkatan taraf hidup mereka.


Oleh itu, katanya untuk lebih memperkasakan masyarakat India di Selangor, Kerajaan Negeri akan menubuhkan Majlis Pembangunan India bagi memperincikan isu dan memberikan jalan penyelesaian kepada masalah peningkatan taraf hidup kaum berkenaan.


"Saya melihat peri pentingnya mendalami perkara ini dengan terperinci. Kita tidak lagi cakap blue print atau hanya impian. Inilah masanya untuk merangka program dan melaksanakannya.


"Saya akan tubuhkan satu majlis khas untuk pembangunan India di negeri Selangor untuk teliti masalah dan solusi yang saya percaya kerajaan boleh dilakukan," katanya lagi.


Menurut MB, majlis itu akan menentukan program program bantuan ekonomi khusus yang akan diperuntukkan kepada masyarakat India, program latihan TVET, program keusahawanan dan sebagainya yang akan dirancang Kerajaan Negeri

0 comments

Commentaires


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page