top of page

Selangor agih sumbangan RM26.5 juta untuk 825 sekolah



Kerajaan Negeri Selangor telah mengagihkan sumbangan berjumlah RM26.5 juta kepada 825 buah sekolah di negeri itu pada tahun.


Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata, bantuan di bawah Iltizam Selangor Penyayang itu membabitkan Sekolah Agama Rakyat (SRA), Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT), Sekolah Menengah Persendirian Cina dan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan dan Sekolah Mubaligh.


Ia bagi membantu membaikpulih infrastruktur sekolah sekaligus penyediaan persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang selamat dan kondusif kepada guru dan pelajar.


"Semua sekolah diagihkan sebab mereka sudah melalui semua proses termasuk permohonan, saringan... saya dibantu oleh beberapa Exco kerajaan negeri untuk melihat senarai berkenaan, kemudian agihan dibuat.


"Paling tinggi agihan RM50,000, (jumlah ini) terlalu kecil untuk pembinaan sekolah baharu, bantuan ini kebanyakannya lebih kepada naik taraf kemudahan kantin, naik taraf kemudahan pembelajaran dan sebagainya.


"Cuma tahun ini untuk Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, kita ada buat untuk program kelas tambahan yang diaturkan bersama-sama," katanya dipetik dalam sidang media selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Program Bantuan Sekolah Negeri Selangor di Dewan Raja Muda Musa, Seksyen 7 pada Khamis.


Sementara itu Amirudin berkata, bagi tahun hadapan pihaknya mahu memperluas sumbangan itu bukan sahaja untuk tujuan baikpulih infrastruktur tetapi juga pembangunan pendidikan pembelajaran anak anak yang perlu kelas tambahan.


Bagi tujuan itu permohonan akan dibuka bermula 15 Januari depan dan pihaknya berharap agihan dapat diselesaikan pada Jun atau Julai tahun depan.


"Kerajaan negeri menyediakan pelbagai inisiatif pendidikan seperti bantuan infrastruktur sekolah, biasiswa, dan program sokongan untuk memastikan setiap anak negeri memiliki peluang untuk menimba ilmu, tanpa mengira latar belakang mereka untuk memupuk generasi berilmu," jelasnya.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page