top of page

Selamatkan hutan Hulu Sungai Belaga, pelihara kawasan Orang Asal



Oleh: Akmal Manaf


Ahli Dewan Negara, Senator Abun Sui Anyit menyifatkan, hutan Hulu Sungai Belaga wajib diselamatkan kerana ia merupakan sumber pencarian makanan dan kraftangan masyarakat tempatan terutamanya komuniti Kenyah dan Penan.


Beliau berkata, pihaknya dimaklumkan penduduk kawasan Long Urun bertekad akan menghalang kawasan hutan di hulu Sungai Belaga daripada kemusnahan oleh sebuah syarikat perladangan yang sedang giat menebang hutan sejak November lalu.


"Berdasarkan dokumen Lesen Sementara yang ditunjukkan kepada saya, didapati syarat-syarat khas Lesen Sementara [Provisional Lease (PL)] tersebut tidak dipatuhi oleh syarikat pemilik PL.


"Justeru, saya berharap kerajaan menguatkuasakan syarat-syarat Lesen Sementara yang termaktub dalam Lesen Sementara atau Provisional Lease (PL) itu.


"Jika syarikat itu terus menebang kawasan yang sepatutnya selesai dalam tahun 2007 iaitu 10 tahun dari tarikh pengeluaran PL kepada syarikat iaitu 1997, maka Kerajaan dan pemimpin Kerajaan Sarawak dilihat bersekongkol dengan syarikat kerana gagal menguatkuasa syarat syarat khas pada PL tersebut," katanya menerusi satu kenyataan.

Penduduk membuat hadangan
Penduduk membuat hadangan

Susulan itu, Abun yang juga Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) KEADILAN berharap, perkara terburuk tidak berlaku kerana beliau masih memberi harapan kepada Kerajaan Sarawak untuk menyelesaikan isu berkenaan.


Katanya, perbuatan menebang pokok dalam PL tidak sepatutnya berlaku dan Pengarah Tanah dan Servei Sarawak serta Kerajaan Sarawak wajib mengikut undang-undang, bertindak serta-merta menghentikan secara kekal pembukaan kawasan baharu yang gagal dilaksanakan oleh syarikat terbabit lebih 26 tahun lalu, di hulu Sungai Belaga.


"Selain itu, penyukatan PL juga gagal dilaksanakan oleh syarikat. Ini kerana penduduk yang mempunyai temuda di dalam PL tidak dimaklumkan jika ada proses penyukatan PL tersebut, pernah berlaku selama ini oleh syarikat berkenaan.


"Menurut penduduk, mereka tidak pernah tahu atau dimaklumkan oleh syarikat bahawa penyukatan PL syarikat yang bertindih dengan tanah hak adat (NCR) mereka, pernah dilakukan.


"Ini lebih menguatkan lagi (alasan) agar pihak berwajib atau Kerajaan Sarawak menghentikan serta merta pemusnahan hutan di hulu Sungai Belaga demi untuk simpanan generasi masa depan cucu-cicit bukan sahaja rakyat kawasan Urun tetapi demi rakyat Belaga keseluruhannya.


"Apatah lagi masyarakat Kenyah dan Penan yang masih bergantung kepada hutan. Ini sahaja kawasan yang tinggal di sepanjang hulu Sungai Belaga," katanya.


Menjelang 2025 dan hasrat Kerajaan Madani yang komited untuk memerangi rasuah, beliau berharap pelanggaran undang-undang tidak ditutupi dengan perbuatan korupsi yang mungkin melibatkan pihak tertentu agar tiada tindakan diambil sehingga merugikan rakyat.


"Setakat hari ini, mesyuarat yang diadakan antara syarikat dengan penduduk pada 18 Disember lalu masih belum ada keputusan yang diharapkan oleh penduduk tempatan.


"Malah saya dimaklumkan, syarikat tidak mahu memberi minit mesyuarat berkaitan kepada mereka walaupun mereka dijemput ke mesyuarat tersebut.


"Oleh kerana syarikat masih menebang pokok yang sepatutnya tidak berlaku, maka penduduk tidak ada pilihan dan membuat halangan (blockade) agar kemusnahan hutan hulu Sungai Belaga dapat dibendung," ujar beliau yang juga Ketua Cabang KEADILAN Hulu Rajang.

0 comments

Recent Posts

See All

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page