top of page

Selamat menyambut Deepavali



Perayaan pesta cahaya Deepavali yang disambut penganut Hindu hari ini merupakan salah satu perayaan terbesar di Malaysia.


Sehubungan itu, kepada seluruh penganut Hindu, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil yang juga Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia mengucapkan Selamat Hari Deepavali.


"Selamat Hari Deepavali kepada seluruh penganut agama Hindu di Malaysia.


"Thittikkum Iniya Deepavali Nal Valthukkal," katanya.


Datuk Seri Ramanan Ramakrishnan

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan Dan Koperasi (KUSKOP) Datuk Seri R Ramanan dalam perutusan Deepavalinya menasihatkan kepada yang pulang beraya atau masyarakat Malaysia yang turut kunjung mengunjung agar berhati hati di jalan raya.


"Pastikan kali ini bila balik perayaan Deepavali hati hati di jalan raya.


"Gembira dengan keluarga anda sambil menyambut tahun baharu Deepavali," katanya yang juga Timbalan Ketua Penerangan KEADILAN.


Chua Wei Kiat

Tidak ketinggalan Ahli Dewan Negeri Selangor Chua Wei Kiat yang juga Timbalan Ketua Penerangan KEADILAN mengucapkan selamat kepada penganut Hindu.


"Selamat Hari Deepavali kepada semua yang meraikan. Ini adalah musim cahaya, kasih sayang dan suasana yang baik. Semoga rumah anda dipenuhi dengan kegembiraan dan ketawa riang," katanya.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page