top of page

Sektor pertanian diseru teroka teknologi AI




Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menyarankan supaya teknologi kecerdasan buatan (AI) menjadi inovasi utama dalam meningkatkan pembangunan pertanian di negara ini.


Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, setiap hala tuju dan fokus yang dicapai sepanjang tahun ini akan berpandukan kepada Pelan Inovasi Nasional Keterjaminan Agromakanan Rakyat (PINTAR) yang menekankan lima teras termasuk penerokaan penggunaan teknologi baharu dalam sektor pertanian seperti AI.


"Saya berharap kepada semua agar konsep PINTAR ini dapat diperluas dan disematkan dalam fikiran dan jiwa setiap ejen pengembangan kita. PINTAR adalah kaedah kita untuk mencari solusi kepada permasalahan pertanian yang telah berdekad lamanya," katanya dipetik.


Sementara itu beliau menyeru kerjasama daripada pihak swasta dan badan korporat dalam usaha itu yang jelasnya bukan hanya dapat meningkatkan pengeluaran makanan, tetapi juga menjimatkan kos.


"Negara China juga sudah mula menggunakan teknologi bagi mengawal hasil pertanian dan penternakan mereka.


"Penggunaan teknologi mampu mengubah struktur dalam menghasilkan sumber makanan dan boleh membantu meningkatkan keterjaminan makanan dalam negara," katanya.


Mohamad sebelumnya menghadiri Majlis Konvensyen Pengembangan Veterinar dan Hari Inovasi 2024 di Dewan Bankuet Universiti Putra Malaysia (UPM) di Serdang pada Selasa.


Sementara itu beliau menyatakan keyakinan negara mampu mencapai sasaran 50 peratus tahap sara diri (SSL) bagi sektor daging lembu menjelang 2030.


Bekalan daging tempatan untuk pasaran domestik ketika ini jelasnya masih lagi di bawah 20 peratus sehingga menyebabkan negara bergantung kepada import yang begitu tinggi terutama dari negara Australia, New Zealand, India dan pelbagai lagi negara lain.


"Sudah tentulah di pihak veterinar mereka terus tekun dengan kajian-kajian mereka memperkenalkan baka-baka baharu.


"Jadi, ia melibatkan semua pihak bukan hanya veterinar sahaja termasuklah semua kementerian, kerana proses untuk membuat ternakan ini perlu ada tanah yang agak luas dan kerjasama kerajaan negeri dan ini yang perlu dipermudahkan.


"Oleh yang demikian, kerjasama daripada semua pihak cukup penting bagi mengelak berlakunya karenah birokrasi," katanya lagi.

0 comments

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page