top of page

Sektor logistik diberi subsidi bersasar elak kos pengangkutan naik



Sektor logistik diberi subsidi bersasar oleh kerajaan bagi mengelakkan kenaikan harga bahan makanan atau keperluan lainnya selepas subsidi pukal dimansuhkan.


Timbalan Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN), Senator Fuziah Salleh berkata, subsidi yang diterima oleh kenderaan pengangkut di negara ini dianggap cukup bagi menampung kos penghantaran.


"Kita ambil berat supaya tidak berlaku kenaikan harga barang mendadak akibat penyasaran subsidi. Sebab itu kita memberi tumpuan kepada sektor logistik kerana ia merupakan penyumbang yang besar kepada kos harga barang.


"Jadi apabila kita memberi fleet card kepada lori yang membawa barang keperluan itu, di situ kita memastikan bahawa lori yang membawa barang tiada kos tambahan (kepada) pengangkutan barang itu," katanya menjawab soalan Muhammad Fawwaz Mohamad Jan (PN-Permatang Pauh) yang bertanya mengenai kenaikan kos logistik dan di sektor pembinaan.


Bagaimanapun, kata Fuziah, bagi soalan kedua mengenai subsidi bersasar bagi sektor pembinaan, hal itu tidak diberikan oleh kerajaan.


"Namun seperti disebut, pembinaan mungkin pada ketika ini belum ada penyasaran subsidi. Bagaimapaun libat urus sentiasa berterusan dan (pemain industri) boleh pergi kepada kementerian berkaitan, misal kalau petani pergi kepada KPKM, pembinaan pergi ke KPKT dan sebagainya supaya libat urus berterusan dan jawatankuasa rayuan boleh teliti keadaan tersebut


"Kajian terlalu awal untuk kita nak katakan beri kesan (terhadap harga). Kita monitor setiap hari, kita ada data. Kita monitor setiap hari harga," katanya lagi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page