top of page

Sektor kesihatan perlu sistem, tenaga kerja, perkongsian awam-swasta lebih baik



Sektor kesihatan negara tetap mempunyai masalah biarpun telah banyak yang dilakukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menanganinya.


Menurut seorang pengguna perkhidmatan kesihatan awam yang merupakan bekas pesakit hospital kerajaan, sektor kesihatan awam di negara ini menghadapi kesukaran kerana beban tugas yang berat dan banyaknya tenaga kerja KKM yang berhijrah ke hospital swasta.


Dalam muatnaiknya di Facebook, bekas pesakit hospital kerajaan Mohd Ikhmal Mohd Iskandar berkata, meskipun KKM memperkenalkan projek rintis Sistem Waktu Kerja Berlainan pada waktu ini tetapi mekanisme itu telah menerima kritikan hebat.


Sebaliknya, beliau mencadangkan agar KKM mengambil beberapa langkah radikal untuk menyelesaikan masalah seperti menaikkan caj perkhidmatan bagi menambah dana hospital kerajaan.


"Caj perkhidmatan kesihatan seperti RM1 untuk pesakit luar dan RM5 untuk perkhidmatan pakar perlu dikaji semula.

Menaikkan kadar ini kepada RM5 bagi pesakit luar dan RM10 perkhidmatan pakar adalah langkah sederhana yang boleh membantu menampung sebahagian kos operasi, dengan pengecualian diberikan kepada golongan rentan dan B40," katanya.


Beliau juga mencadangkan penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan Kesihatan bagi menguruskan pengambilan, kebajikan dan kenaikan pangkat yang lebih berwibawa kepada pegawai kesihatan.


Selain itu, Ikhmal mencadangkan untuk dilaksanakan kerjasama hospital awam-swasta (PPP) seperti inisiatif bersama hospital swasta dalam menangani kes Covid-19 sebelum ini yang membuktikan keberkesanannya dalam mengurangkan tekanan terhadap fasiliti kesihatan awam.


"Langkah ini boleh diperluaskan kepada aspek perkongsian fasiliti dan peralatan. Rakan KKM dalam sektor swasta boleh menyediakan peralatan diagnostik seperti mesin MRI, CT scan, atau rawatan khusus seperti dialisis.


"Dengan cara ini, pesakit KKM boleh dirujuk kepada hospital swasta untuk prosedur tertentu tanpa perlu membebankan hospital kerajaan


"Penyediaan perkhidmatan rawatan elektif seperti pembedahan kecil atau pemeriksaan diagnostik juga boleh disalurkan kepada rakan KKM yang bersetuju menawarkan kos diskaun.


"Ini bagi memastikan hospital kerajaan dapat memberi fokus kepada kes kecemasan dan kritikal sahaja," katanya.


Satu lagi cadangan Ikhmal adalah melaksanakan transformasi digital dan automasi yang mana proses kerja di KKM perlu didigitalkan sepenuhnya bagi mengurangkan beban kerja manual, terutama pengurusan data dan rekod pesakit.


Pendigitalan, katanya, boleh membantu meringankan beban tugas kakitangan bukan perubatan dan meningkatkan efisiensi perkhidmatan serta memendekkan waktu menunggu.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page