top of page

Sekretariat Ops Ihsan kecam pembunuhan Ismail Haniyeh



Oleh: Abdullah Zaid


Sekretariat Ops Ihsan mengecam sekeras-kerasnya kezaliman dan keganasan Israel yang membunuh Pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh di ibu kota Iran, Tehran semalam.


Pengerusi Sekretariat Ops Ihsan, Jismi Johari berkata seluruh dunia perlu mengutuk Israel yang bukan sahaja menjadi dalang di sebalik serangan berkenaan malah berusaha melenyapkan usaha gencatan senjata.


"Serangan berterusan Israel itu membuktikan bahawa rejim Zionis tidak menginginkan gencatan senjata seperti yang dituntut oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan tidak akan mematuhi undang-undang atau peraturan antarabangsa.


"Serangan kurang ajar oleh Israel ini melenyapkan sebarang harapan ke arah penyelesaian aman berdasarkan prinsip kemanusiaan dan hak asasi manusia akan terus diinjak-injak," katanya dalam satu kenyataan.


Malah, menurut Jismi, sejak konflik kemanusiaan itu berlaku rejim Zionis sebelumnya telah membunuh ahli keluarga Ismail dalam satu serangan udara.


"Pada bulan April, tiga anak lelaki Haniyeh dan tiga cucunya mati syahid dalam serangan udara Israel.


"Beliau mendakwa bahawa 60 ahli keluarganya telah terbunuh dalam perang sejak 7 Oktober 2023


"Kami menyatakan solidariti dan kebersamaan yang tidak berbelah bahagi dengan seluruh rakyat Palestin yang kehilangan pemimpin dan semua ahli keluarga mereka," ujarnya lagi.


Justeru, NGO kemanusiaan berkenaan menggesa masyarakat antarabangsa mengambil tindakan tegas menahan pihak yang bertanggungjawab dalam pembunuhan selain mendesak usaha keamanan ditingkatkan bagi menghentikan konflik di Palestin yang berlarutan sejak 75 tahun lalu.

0 comments

Recent Posts

See All

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page