top of page

Sekpur lapor polis pempengaruh fitnah PMX isu tapak kuil


Shahbudin (kanan) diiringi Mejar (B) Razali membuat laporan polis di IPD Dang Wangi, Kuala Lumpur
Shahbudin (kanan) diiringi Mejar (B) Razali membuat laporan polis di IPD Dang Wangi, Kuala Lumpur

Sekretariat Gerak Gempur Media Sosial Rakyat (Sekpur) petang tadi telah membuat laporan polis ke atas pempengaruh Shafiq Halim yang membuat dakwaan berunsur fitnah ke atas Perdana Menteri (PMX), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Syarikat Jakel berhubung isu tapak Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman berhampiran Jalan Masjid India, Kuala Lumpur.


Menurut Pengerusi Biro Politik Sekpur, Shahbudin Embun, laporan polis itu dibuat berikutan naratif buruk yang ditimbulkan oleh video tiktok berkenaan terhadap PMX dan kerajaan.


"Perbuatan penama ini adalah berniat politik serta membawa naratif buruk kepada nama baik PMX serta kerajaan sendiri.


"Begitu juga naratif dia boleh membawa kepada kegelisahan kaum serta agama di negara kita," kata Shahbudin dalam kenyataannya.


Dalam laporan polis yang dilihat media, Shahbudin berkata bahawa video tohmahan tersebut merupakan naratif diputar belit mengenai isu pemindahan kuil yang telah berjaya diselesaikan dengan berhemah oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada beberapa hari lalu.


Oleh itu, Shahbudin mahu pihak polis menyiasat tohmahan tersebut yang disifatkan beliau melanggar Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, dan Kanun Keseksaan Seksyen 499 dan 500 berkenaan kenyataan berunsur fitnah yang boleh menjejaskan nama baik PM.


"Inilah contoh pemain media sosial toksid yang di taja oleh pembangkang dan masih tidak faham bahawa negara kita adalah negara berbilang kaum serta agama (plural society).


"Sensitiviti kaum dan agama sepatutnya dihormati," kata Shahbudin lagi dalam kenyataannya.


Shahbudin diiringi Timbalan Pengerusi Sekpur, Mejar (B) Razali Zakaria dalam laporannya di IPD Dang Wangi, Kuala Lumpur.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page