top of page

Sekpur buat laporan polis Gobalakrishnan fitnah PM Anwar



Oleh: Akmal Manaf


Sekretariat Gerak Gempur Media Sosial Rakyat (Sekpur) terus dengan pendirian untuk terus membuat laporan polis bagi menangkis fitnah yang dilemparkan terhadap Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.


Timbalan Pengerusi Sekpur, Mejar (B) Razali Zakaria berkata, pihaknya hari ini telah membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi berhubung satu video yang dimuat naik di platform TikTok.

Mejar (B) Razali Zakaria
Mejar (B) Razali Zakaria

Beliau berkata, laporan polis itu dibuat terhadap seseorang yang bernama Gobalakrishnan yang ada dalam video berkenaan.


"Dalam video itu dia telah memfitnah, menghasut, membuat persepsi jahat menghina Datuk Seri Anwar (PMX) dan Datuk Seri Saifuddin (Nasution Ismail) serta kerajaan.


"Dia kaitkan dalam video dengan memberitahu isu RM170 juta yang SPRM telah pun membuat tangkapan, dan ianya kini dalam siasatan.


"Tapi Gobalakrishnan ini telah membuat satu video mengatakan bahawa tangkapan terhadap Datuk Seri Ismail Sabri adalah satu ugutan untuk tidak meneruskan siasatan.


"Maksudnya kalau Ismail Sabri bersama Kerajaan MADANI, siasatan tidak diteruskan.. kalau Ismail Sabri tidak bersama Kerajaan MADANI, siasatan diteruskan. Banyak lagi dalam video itu tapi saya tak nak sentuh," katanya ketika ditemui pemberita di luar IPD Dang Wangi, hari ini.


Turut hadir, Pengerusi Sekpur, Mustapa Mansur Amer Mohd Isa dan Naib Pengerusinya Shahbudin Embon.

Mustapa Mansor (kanan) dan Shahbudin
Mustapa Mansor (kanan) dan Shahbudin

Mustapa berkata, tohmahan seperti itu tidak boleh dibiarkan dan pihaknya berpendirian ianya mesti disekat.


"Fitnah terhadap pembangkang pun kita lawan, terhadap kerajaan pun kita lawan kerana fitnah adalah sesuatu yang tidak betul. Kita nak bina negara dengan pembinaan yang betul," tegas beliau.


Naib Pengerusi Sekpur, Shahbudin Embun pula menyifatkan tindakan Gobalakrishnan itu sesuatu yang biadab.


"Dia telah mengata dan meminta PMX bertaubat seolah-olah beliau mengatakan bahawa PMX telah menggunakan SPRM untuk membuat tangkapan dan mencari bukti-bukti yang mana wang telah dijumpai, dan ini akan menjadi instrumen Kerajaan MADANI untuk mengugut Ismail dan kumpulannya (supaya) menyokong Kerajaan MADANI," katanya.

Commenti


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page