top of page

Sekolah terjejas banjir teruskan pembelajaran guna kaedah PdPR



Institut pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang terkesan banjir dan dijadikan pusat pemindahan sementara PPS akan meneruskan pembelajaran menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).


Perkara itu dinyatakan KPM melalui satu kenyataan pada Ahad susulan kenyataan Perdana Menteri agar mempertimbang kelonggaran sesi pembelajaran kepada sekolah terlibat banjir di Kedah.

"Pihak sekolah akan memaklumkan mengenai perkara berkenaan kepada mereka yang terjejas sama ada melibatkan semua murid untuk berada di rumah ataupun sebilangan murid tertentu akan melaksanakan PdPR.


"Bagi murid yang berada di PPS premis sekolah, pihak jabatan pendidikan negeri (JPN) dan pejabat pendidikan daerah (PPD) telah menggerakkan Smart Support Team (SST) dan Academic SupportTeam (AST) untuk membantu murid dari aspek kaunseling dan pembelajaran," kata kementerian itu.


Semasa mengadakan lawatan bagi meninjau situasi banjir di Kedah pada Sabtu Perdana Menteri menegaskan, kelonggaran bukan untuk masa belajar dijadikan cuti sepenuhnya.


Sebaliknya beliau mahu guru-guru menetapkan kerja rumah untuk pelajar untuk disiapkan sebelum mereka kembali ke sesi persekolahan selepas keadaan pulih.


Manakala bagi pelajar tingkatan lima yang akan menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mereka dikehendaki kekal menjalani sesi persekolahan seperti biasa.


Sementara itu KPM dalam kenyataan sama menegaskan pihaknya sentiasa memantau situasi banjir untuk memastikan keselamatan warganya.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page